Pada zaman dahulu ada seorang dewa mempunyai seorang puteri. Dalam satu masa itu dewa itu hendak menghantar anaknya dari kayangan ke dunia. Dia masukkan anaknya itu ke dalam sekuntum bunga simpor dan dia berkata pada anaknya selagi belum cukup tempoh tiga tahun tiga bulan tiga hari anaknya tidak boleh keluar dari kuntum bunga itu. Apabila cukup tempoh baharulah kuntum bunga itu akan pecah dan anaknya boleh keluar. Dan apabila keluar dari bunga itu anaknya bolehlah pergi menuntut ilmu.
Tersebutlah kisah dua orang gergasi Wai Pak dan Palawan. Wai Pak mempunyai seorang anak gadis bernama Bupalan dan Palawan juga mempunyai anak gadis bernama Patni. Sebelum mereka keluar mencari makanan Wai Pak dan Palawan berpesan supaya Bupalan dan Patni menjaga dirin baik-baik.
Raja Besar ialah anak murid Maharasyi Matapi yang telah keluar bersama hambanya daripada pondok Maharasyi Matapi. Raja Besar telah membuat satu kesaktian dari atas pokok besar seperti suara perempuan meminta tolong dengan memanggil-manggil namanya.
Suara itu didengar oleh Wai Pak dan Palawan. Wai Pak dan Palawan sangat gembira dan mereka mengorek pokok besar itu supaya pokok itu tumbang dan bolehlah mereka mengambil perempuan itu untuk dijadikan isteri mereka. Mereka hendak memanjat pokok itu tidak dapat kerana terasa panas seperti api.
Mereka melarang Raja Besar supaya jangan hampir dengan mereka kerana di atas pokok itu ada seorang perempuan dan perempuan itu akan dijadikan isteri mereka. Raja Besar serta hambanya mentertawakan mereka kerana membuat kerja yang sia-sia. Gergasi Wai Pak dan Palawan menjadi marah lalu berlawan dengan Raja Besar dan dibaling Raja Besar sehingga jatuh di tepi gua tempat anak gergasi Wai Pak iaitu Bupalan.
Kebetulan Bupalan sedang bersiar-siar di dalam taman dan ternampak seorang lelaki masuk di dalam taman itu. Raja Besar memberi tahu padanya bahawa dia bukanlah sengaja datang ke situ tetapi telah dibaling oleh gergasi Wai Pak kerana dia telah mentertawakan gergasi Wai Pak dan Palawan yang sedang mengorek pokok besar kerana mendengar suara seorang perempuan di atas pokok. Raja Besar dan Bupalan telah berkasih sayang seperti suami isteri.
Pada waktu malam Raja Besar tidak boleh tidur kerana teringat pada hambanya lalu keluar pergi mencari hambanya. Kemudian Raja Besar sampai pula dalam sebuah taman dan berjumpa dengan Patni anak gergasi Palawan. Raja Besar menceritakan pada Patni bahawa dia sedang mencari hambanya dan mereka berkasih sayang pula seperti suami isteri. Apabila sampai waktu malam Raja Besar tidak senang tidur lalu dia keluar pula meninggalkan Patni seorang diri.
Timbullah kisah gergasi Wai Pak dan Palawan. Mereka balik dalam keletihan dan mendapati anak mereka menangis kerana ditinggalkan Raja Besar. Bupalan mengajak ayahnya pergi mencari suaminya dan Patni juga mengajak ayahnya pergi mencari suaminya. Mereka sama-sama keluar mencari suami anak mereka yang hilang.
Timbul satu kisah lain anak gadis gergasi bernama Puteri Pengasih yang duduk dengan seorang nenek kebayan. Nenek kebayan itu sangat pandai tentang ilmu pengasih jadi Puteri Pengasih telah menuntut ilmu dengan nenek kebayan itu. Puteri Pengasih itu telah keluar bersiar-siar dan terjumpa dengan Raja Besar seorang diri. Raja Besar memberitahu Puteri Pengasih bahawa dia telah tersesat jalan mencari hambanya.
Kebetulan hambanya telah sampai ke situ dan hambanya telah bersetuju Raja Desar menjadikan Puteri Pengasih sebagai isterinya. Mereka bertiga pun berjalanlah hendak balik. Dalam perjalanan mereka telah berjumpa dengan gergasi Wai Pak dan Palawan serta anak-anak mereka. Mereka hendak menyerah balik anak mereka menjadi isteri Raja Besar tetapi kata Raja Besar sekiranya Puteri Pengasih bersetuju maka dia pun bersetuju. Puteri Pengasih menerima mereka dan gergasi Wai Pak dan Palawan berpesan pada Raja Besar dan Puteri Pengasih suruhlah anak mereka membuat sebarang kerja nanti akan dibuat oleh Bupalan dan Patni. Mereka pun berjalan balik ke kota Raja Besar. Apabila sampai dalam kota Raja Besar, ayahnya bertanya isteri yang manakah yang Raja Besar lebih sayang. Raja Besar berkata isterinya yang bernama Puteri Pengasih.
Dalam satu hari Puteri Pengasih menyuruh Bupalan dan Patni membuat kerja. Dia memberikan sehelai kain hitam kepada Bupalan dan menyuruh membasuh kain itu hingga putih dan menyuruh Patni menjual sekati daging hingga dapat seribu ringgit. Patni pun membawa daging itu ke merata tempat dan sampai pada satu tempat dia berasa dahaga dan disangkutkannya daging itu pada batang tunggul. Kemudian dia turun ke paya hendak minum air. Apabila dia naik semula didapati daging itu telah dilarikan oleh burung geruda. Patni memberanikan diri balik ke rumah.
Setelah Puteri Pengasih mendapati Bupalan dan Patni tidak berjaya membuat apa yang disuruhnya mereka berdua dimaki hamun dan disiksa. Raja Besar tidak berkata apa hanya mengikut sahaja apa yang diperintahkan oleh Puteri Pengasih.
Pada satu masa apabila sudah sampai tempoh tiga tahun tiga bulan tiga hari kuntum Bunga pun pecah. Puteri Bunga Simpor pun pecah dan keluarlah puteri itu pergi menuntut ilmu. Semasa dia menuntut ilmu dia naik panas hati lalu, mohon pada Mahaguru keluar. Puteri Bunga Simpor dapat ilmu terbang lalu dia terbang ke sana sini dan ternampak Puteri Pengasih sedang menyiksa dua orang perempuan. Dia turun dan bertanya mengapa dua orang perempuan itu disiksa. Lalu Puteri Bunga Simpor berlawan dengan Puteri Pengasih dan dibunuhnya Puteri Pengasih. Setelah Puteri Pengasih mati maka Raja Besar pun berkahwin pula dengan Puteri Bunga Simpor dan dua orang isterinya Bupalan dan Patni di jadikan gundik.
<< Halaman Lain
Wayang Kulit merupakan salah satu seni teater tradisional tertua di Asia Tenggara. Wayang kulit ini berkembang selatan Siam, selatan Myanmar, Utara Sumatra dan Utara Semenanjung (Kedah dan Perlis.). Di selatan siam dikenali sebagai Nang Talung manakala di utara Semenanjung disebut sebagai Wayang Gedek @ Gedik. , "Gedek" itu ialah sejenis wayang kulit yang diberikan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sewaktu berlangsungnya Bengkel Wayang Kulit di Port Dickson pada tahun 1979. Apa yang difahamkan dengan perkataan "gedek" ialah pergerakan patung-patung wayang kulit itu sendiri yang terlompat-lompat atau tergedik-gedik mengikut bahasa Melayu Kedah apabila ianya digerakkan atau dimainkan di kelir atau layar.
Selasa, 22 November 2011
1. PENGENALAN
Wayang Kulit merupakan salah satu seni teater tradisional tertua di Asia Tenggara. Wayang kulit ini berkembang selatan Siam, selatan Myanmar, Utara Sumatra dan Utara Semenanjung (Kedah dan Perlis.). Di selatan siam dikenali sebagai Nang Talung manakala di utara Semenanjung disebut sebagai Wayang Gedek @ Gedik.
, "Gedek" itu ialah sejenis wayang kulit yang diberikan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sewaktu berlangsungnya Bengkel Wayang Kulit di Port Dickson pada tahun 1979.
Apa yang difahamkan dengan perkataan "gedek" ialah pergerakan patung-patung wayang kulit itu sendiri yang terlompat-lompat atau tergedik-gedik mengikut bahasa Melayu Kedah apabila ianya digerakkan atau dimainkan di kelir atau layar.
Perbezaan di antara wayang kulit gedek dengan wayang kulit di Kelantan atau wayang kulit Jawa adalah dari segi bahasa yang digunakan, bentuk-bentuk patung, nama-nama patung dan juga bentuk cerita yang disampaikan. Dari segi bahasa, wayang kulit gedek menggunakan bahasa Melayu Kedah longhat Siam.
Bentuk patung wayang kulit gedek di Kedah telah dimodenkan dan disesuaikan dengan suasana tempat dan masyarakat. Namun begitu nama-nama patung terutamanya patung lawak bagi Wayang Kulit Gedek dikekalkan dengan nama Siam.
EMPAT watak wayang kulit yang sering dimainkan (dari kanan) Pak Tam, Kaidara, Perematat Penghulu dan Etong.



BEGINILAH rupa pentas wayang kulit yang menjadi hiburan penduduk kampung di sekitar negeri Kedah.
, "Gedek" itu ialah sejenis wayang kulit yang diberikan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sewaktu berlangsungnya Bengkel Wayang Kulit di Port Dickson pada tahun 1979.
Apa yang difahamkan dengan perkataan "gedek" ialah pergerakan patung-patung wayang kulit itu sendiri yang terlompat-lompat atau tergedik-gedik mengikut bahasa Melayu Kedah apabila ianya digerakkan atau dimainkan di kelir atau layar.
Perbezaan di antara wayang kulit gedek dengan wayang kulit di Kelantan atau wayang kulit Jawa adalah dari segi bahasa yang digunakan, bentuk-bentuk patung, nama-nama patung dan juga bentuk cerita yang disampaikan. Dari segi bahasa, wayang kulit gedek menggunakan bahasa Melayu Kedah longhat Siam.
Bentuk patung wayang kulit gedek di Kedah telah dimodenkan dan disesuaikan dengan suasana tempat dan masyarakat. Namun begitu nama-nama patung terutamanya patung lawak bagi Wayang Kulit Gedek dikekalkan dengan nama Siam.

Kawasan-kawasan yang mempunyai persamaan Wayang Kulit Gedek @ Nang Talung


BEGINILAH rupa pentas wayang kulit yang menjadi hiburan penduduk kampung di sekitar negeri Kedah.
AWANG KUDIS BUTA
Di dalam sebuah negeri bernama Cempaka Seri, Rajanya bernama Tapuran dan isterinya bernama Klin Campa. Mereka mempunyai tiga orang anak gadis sudah berumur tetapi belum berkahwin lagi. Ketiga-tiga gadis itu ialah Seri Mala, Seri Mali dan Seri Bunga. Raja suami isteri sangat bimbang kerana anak-anak mereka masih belum mempunyai suami.
Pada suatu hari mereka berbincang mengenai jodoh anak-anak mereka. Mereka menyuruh ketiga-tiga gadis itu memetik bunga seorang sekuntum dan di dalam kelopak bunga itu dituliskan nama masing-masing. Bunga-bunga itu dilambungkan ke udara dan berjanji sekirananya bunga itu jatuh pada sesiapa pun akan menjadi jodoh anaknya tidak kira sama ada huduh, capek atau apa sekali pun akan menjadi jodoh anaknya, Dia patuh akan mengambil menjadi menantunya. Ketiga-tiga gadis itu pun melambung bunga-bunga ke udara.
Bunga Seri Mala telah jatuh dalam sebuah negeri dan dapat pada anak Raja bernama Seri Pikun. Dia pergi memberitahu pada ayah ibunya bahawa dia telah mendapat sekuntum bunga yang bertulis Seri Mala di kelopak bunga itu, Seri Pikun hendak mencari gadis yang bernama Seri Mala walau di mana dia. berada. Ayah dan ibunya membenarkan. Seri Pikun pun berjalanlah dan sampai di negeri Cempaka Seri dan menunjukkan sekuntum bunga yang dia dapat bertulis nama Seri Mala. Raja bersetuju menerima Seri Pikun menjadi suami Seri Mala.
Tersebut Pula tentang bunga Seri Mali telah jatuh ke negeri gergasi perempuan yang mempunyai seorang anak angkat manusia bernama Painawong. Dia memberitahu ibunya hendak keluar mencari siapakah yang bernama Seri Mali. Ibunya melarang sebab dia sudah bertunang dengan gadis lain. Tetapi Painawong tidak menghiraukan kata‑kata ibunya dia pergi keluar juga. Raja Tepuran berkenan padanya dan menerimanya menjadi menantunya.
Tersebut pula tenting bunga Seri Bunga telah jatuh ke dalam sebuah dusun orang tua yang mempunyai seorang anak bernama Awang Kudis Buta. Dia digelar Awang Kudis Buta kerana badanya penuh dengan kudis. Sebenarnya Awang itu telah dijumpai oleh orang tua itu di dalam hutan sedang menangis kesakitan, lalu dipelihara oleh orang tua itu sebagai anak angkatnya. Awang membawa bunga itu ke negeri Cempaka Sari dan menunjukkan kepada Raja Tapuran. Raja melihat bunga itu ialah kuntum bunga yang dilambung oleh anak bongsunya yang bernama Seri Bunga. Oleh kerana Raja Tapuran melihat Awang yang sangat huduh itu penuh dengan kudis buta, baginda pun tidak sanggup hendak menerima Awang menjadi menantunya. Raja hendak menebus balik bunga itu dengan harga lima ratus ringgit. Bunga itu Raja hendak serahkan kepada orang lain tetapi Awang tidak mahu memberinya, Awang berkeras hendak berkahwin dengan Seri Bunga. Akhirnya Raja bersetuju menerima Awang dengan syarat Awang sanggup mencari sebentuk cincin permata yang telah hilang sejak dua puluh tahun dahulu di dalam Gua Batu Belah Batu Bertangkup. Awang hendaklah mencari cincin itu hingga jumpa sekiranya ingin mengahwini Seri Bunga.
Awang pergi dengan seorang hambanya ke Gua Batu belah Batu bertangkup. Mereka sampai pada waktu malam dan tidak boleh hendak masuk kerana gelap. Mereka menunggu di luar pintu gua hingga tertidur di situ. Semasa mereka sedang tidur, dewa-dewa dari kayangan telah nampak lalu mengambilkan cincin permata di dalam gua dan dimasukkan pada jari Awang. Pada besok pagi apabila terjaga dari tidur Awang dapati cincin permata sudah berada dijarinya, lalu membawa balik hendak diserahkan kepada Raja Tapuran.
Timbul pula kisah Raja Tapuran dengan anaknya", Seri Bunga. Raja Tapuran takut Awang berjaya mencari cincin tersebut lalu baginda menulis satu surat kepada kawannya gergasi bernama Askam dan anaknya Askrot. Bunyi isi surat itu menyuruh gergasi melarikan Seri Bunga agar tidak dapat berkahwin dengan Awang. Askam menculik Seri Bunga dan memaksa berkahwin dengan Askrot . Seri Bunga tidak mahu dan dia berusaha mencari jalan keluar dari rumah gergasi.
Tidak berapa lama kemudian Awang Kudis Buta pun sampai membawa cincin permata dan menunjukkan cincin itu pada Raja Tapuran. Raja mengatakan cincin itu bukan cincin permata yang dimaksudkan. Kemudian cincin itu ditunjukkan pula pada isterinya dan orang besar besar, mereka mengatakan cincin itulah yang sebenarnya. Raja memberitahu Awang sebenarnya Seri Bunga telah berkahwin dengan anak gergasi bernama Askrot. Awang keluar mencari gergasi dan di tengah jalan telah berjumpa dengan gergasi Askrot yang sedang mencari Seri Bunga yang telah melarikan diri. Mereka berlawan dan gergasi menangkap Awang dibalingkan hingga jatuh ke negeri gergasi perempuan yang mempunyai menantu bernama Seri Mali. Awang bertanya adakah Seri Bunga telah melarikan diri ke situ.
Gergasi perempuan itu menjawab dia hanya mempunyai menantu bernama Seri Mali. Kemudian Awang berlawan dengan gergasi perempuan itu dan gergasi itu mati. Awang mengajak Seri Mali dan suaminya Painawong keluar dari situ. Dalam perjalanan mereka berjumpa pula dengan Seri Mala bersama suaminya Seri Pikun. Mereka pun balik menemui Raja Tapuran di negeri Cempaka Seri dan kebetulan Seri Bunga telah selamat balik. Maka Raja Tapuran bersetuju mengahwinkan Seri Bunga dengan Awang. Apabila Seri Bunga mengandung tujuh bulan suaminya telah bertukar menjadi seorang manusia yang mempunyai rupa paras yang cantik. Kemudian Raja Tapuran menabalkan Awang menjadi Raja negeri Cempaka Seri oleh kerana baginda sudah tua lagi uzur. Maka Awang pun tinggallah aman damai suami isteri di negeri Cempaka Seri.
NASIB SI MISKIN
Di dalam sebuah negeri bernama Pelanggam Cahaya, rajanya bernama Raja Puspa Indera dan permaisurinya bernama Nanda Ratna. Putera mereka bernama Maginder Sari Kelana, suka berburu di dalam hutan.
Sementara itu ada sepasang suami isteri bernama Pak Dura dan Mak Dura tinggal di dalam sebuah hutan di negeri Antah Berantah. Rajanya bernama Raja Indera Dawana dan isterinya bernama Seri Manda. Pak Dura dan Mak Dura sangat miskin dan hidup mereka hanya bergantung dengan meminta sedekah. Raja sangat benci pada keluarga miskin itu.
Kemudian Mak Dura hamil dan mengidam hendak memakan mempelam Raja. Lalu suaminya pergi meminta kepada Raja. Raja memberi kepada Pak Dura sebiji mempelam dan sebiji nangka. Apabila sampai waktunya Mak Dura telah melahirkan anak kembar lelaki dan perempuan. Anak lelaki diberi nama Marakarmah dan yang perempuan diberi nama Mila Kesuma. Semasa Pak Dura hendak mendirikan sebuah rumah dia terjupa sebiji tempayan penuh berisi emas, mereka menjadi kaya raya. Lalu mereka membuka sebuah negeri di beri nama Puspa Sari. Pak Dura menukar nama menjadi Bentara Indera dan Mak Dura bernama Ratna Dewi,
Mereka memanggil nujum untuk melihat anak mereka, kebetulan pak nujum itu adalah orang suruhan Raja Indera Dewana. Pak nujum telah diperintahkan oleh Raja Indera Dewana supaya mengatakan perkara yang tidak baik kepada Bentara Indera dan Ratna Dewi (Pak Dura dan Mak Dura). Mendengarkan perkataan pak nujum itu mereka tidak lagi berfikir panjang lalu menghalau kedua-dua anak mereka. Ratna Dewi membekalkan anak-anaknya sebentuk cincin, seutas rantai emas, tujuh biji ketupat dan selabu air.
Kedua kanak-kanak itu berjalan dan sampai di sebuah dusun kepunyaan seorang tua bernama Tali, lalu dipelihara oleh orang tua itu dan disuruh menjadi peminta sedekah secara paksa. Pada satu ketika, Marakarmah telah ditangkap dan dicampakkan ke laut. Beliau telah hanyut ke sebuah pengkalan gergasi. Gergasi mempunyai seorang gadis peliharaan bernama Khairani. Marakarmah telah melarikan Khairani pada waktu malam dengan menumpang sebuah kapal lanun.
Mila Kesuma yang tinggal bersama Tali telah melarikan diri ke dalam hutan bersama dengan seorang hamba. Di dalam hutan Mila Kesuma telah bertemu dengan Maginder Sari Kelana yang sedang berburu lalu mereka berkahwin di negeri Pelanggam Cahaya,
Semasa berada dalam kapal lanun, ketua lanun telah jatuh cinta dengan Khairani sementara Marakarmah telah dibuang laut. Marakarmah telah hanyut dan di telan oleh ikan nun. Pada satu hari ikan tersebut telah terdampar keletihan di sebuah pengkalan seorang Maharasyi. Apabila Maharasyi menghampiri ikan tersebut tiba-tiba terdengar suara seekor burung rajawali menyuruh Maharasyi mengambil daun padi yang hijau untuk membelah perut ikan tersebut. Maharasyi pun berbuat demikian lalu keluarlah seorang budak lelaki dan diberikan kepada nenek kebayan untuk dipelihara. Semasa tinggal bersama dengan nenek kebayan, Marakarmah yang pandai mengarang bunga hidup dengan menjual bunga.
Sementara itu kapal lanun itu terus belayar hingga sampai ke negeri Pelanggam Cahaya kerana lanun lanun itu berkawan baik dengan Raja Puspa Indera, mereka membawakan hadiah-hadiah untuk Raja Puspa Indera, Khairani pula telah ditinggalkan di dalam kapal. Nenek kebayan yang menjual bunga sampai ke kapal dan Khairani membeli 'sekarang' bunga. Apabila Khairani membuka kelopaknya ternampak tulisan nama Marakarmah.
Setelah Khairani mengetahui bahawa bunga itu telah dikarang oleh Marakarmah, dia pun mengikut nenek kebayan ke hingga ke istana. Apabila sampai di istana dia melihat wajah isteri Maginder Sari Kelana iaitu Mila Kesuma mirip rupa suaminya. Maka dia pun menangis kerana mengenangkan nasibnya yang telah kehilangan suami.
Nenek Kebayan menceritakan kisah tersebut kepada Marakarmah. Marakarmah telah melakukan tipu muslihat untuk mendapatkan Khairani dari Ketua Lanun. Akhirnya terjadilah pertarungan yang sengit di antara marakarmah dengan Ketua Lanun. Marakarmah telah dibantu oleh Geruda sehingga habis lanun-lanun tersebut mati. Dan akhirnya bertemulah semula Marakarmah dan adiknya Mila Kesuma.
KISMI ALAM
Raja Bota Gangga Indera mempunyai dua orang anak bernama Kismi Alam dan Kismi Dewa. Kismi Alam dihantar oleh ayahandanya untuk menuntut ilmu kesaktian dengan seorang guru bernama Ajal Jangga sedangkan adiknya Kismi Dewa pula menuntut ilmu menjaga diri dari seorang guru yang lain.
Setelah beberapa lama menuntut ilmu kesaktian itu maka Kismi Alam pun tamatlah pangajiannya dengan guru tersebut dan tibalah masa beliau hendak pulang ke negerinya untuk mengadap ayahandanya Bota Gangga Indera. Sebelum dibenarkan pulang gurunya telah berpesan kepadanya supaya menjaga dengan baik segala ilmu yang telah diperturunkan dan tidak menggunakan ilmu tcrscbut untuk perkara-perkara kejahatan. Ini kerana segala ilmu itu adalah dalam kekuasaan Sang Agong Maha Dewa.
Sampai ke negerinya, Kismi Alam pun mengadap ayahandanya dan di situ berjumpalah ia dengan adindanya Kismi Dewa yang juga telah tamat dari menuntut ilmu.
Kemudian timbullah keinginan Kismi Alam hendak beristeri, tetapi malangnya perempuan pilihannya ialah Tuan Puteri Sita Dewi yang telah pun menjadi isteri kepada Seri Rama yang memerintah negeri Susia Mendara Pura. Beliau dinasihati oleh adiknya supaya jangan mengambil isteri orang kerana, perbuatan demikian akan menimbulkan kemurkaan Sang Agong Maha Dewa. Kismi Alam tidak menghiraukan nasihat adiknya lalu pergi ke negeri Susia Mendara Pura untuk merampas Sita Dewi dari Seri Rama.
Dipintu kota beliau berjumpa dengan Kusima Wak Long dan Pak Dogol dan memberi tahu mereka ia hendak berjumpa dengan Seri Rama untuk meminta Seri Rama menyerahkan Sita Dewi kepadanya bagi dijadikan isterinya.
Setelah diberitahu oleh Wak Long dan Pak Gogol, Seri Rama pun amarah lalu memerintahkan hulubalang dan rakyatnya menangkap Kismi Alam.
Terjadilah satu peperangan yang sengit diantara rakyat Seri Rama dengan Kismi Alam. Tetapi semua rakyat Seri Rama telah ditewaskan oleh Kismi Alam.
Akhirnya Seri Rama sendiri pula terpaksa keluar untuk menentang Kismi Alam, tetapi baginda juga dapat ditewaskan oleh Kismi Alam. Oleh yang demikian Seri Rama pun berjumpa seorang nujum besar dalam negerinya yang bernama Babu Sanang untuk mencari jalan bagi menewaskan Kismi Alam.
Mengikut nujum tersebut, untuk mengalahkan Kismi Alam, Seri Rama hendaklah menyuruh Hanuman Kera Putih pergi berjumpa dengan Ajal Jangga Indera iaitu guru kepada Kismi Alam.
Setelah Hanuman berjumpa dengan Ajal Jangga Indera dan memberitahu beliau bahawa muridnya yang bernama Kismi Alam sedang membuat kezaliman di negeri Susia Mendara Pura kerana hendak merampas Sita Devi dari Seri Rama itu, maka murkalah Ajal Jangga Indera di dalam hatinya. Dengan itu maka Kismi Alam pun hilanglah segala ilmu kebatinan yang dituntutnya dan tidak berdaya lagi hendak menentang Seri Rama. Akhirnya Kismi Alam pun matilah dibunuh oleh Seri Rama.
Setelah beberapa lama menuntut ilmu kesaktian itu maka Kismi Alam pun tamatlah pangajiannya dengan guru tersebut dan tibalah masa beliau hendak pulang ke negerinya untuk mengadap ayahandanya Bota Gangga Indera. Sebelum dibenarkan pulang gurunya telah berpesan kepadanya supaya menjaga dengan baik segala ilmu yang telah diperturunkan dan tidak menggunakan ilmu tcrscbut untuk perkara-perkara kejahatan. Ini kerana segala ilmu itu adalah dalam kekuasaan Sang Agong Maha Dewa.
Sampai ke negerinya, Kismi Alam pun mengadap ayahandanya dan di situ berjumpalah ia dengan adindanya Kismi Dewa yang juga telah tamat dari menuntut ilmu.
Kemudian timbullah keinginan Kismi Alam hendak beristeri, tetapi malangnya perempuan pilihannya ialah Tuan Puteri Sita Dewi yang telah pun menjadi isteri kepada Seri Rama yang memerintah negeri Susia Mendara Pura. Beliau dinasihati oleh adiknya supaya jangan mengambil isteri orang kerana, perbuatan demikian akan menimbulkan kemurkaan Sang Agong Maha Dewa. Kismi Alam tidak menghiraukan nasihat adiknya lalu pergi ke negeri Susia Mendara Pura untuk merampas Sita Dewi dari Seri Rama.
Dipintu kota beliau berjumpa dengan Kusima Wak Long dan Pak Dogol dan memberi tahu mereka ia hendak berjumpa dengan Seri Rama untuk meminta Seri Rama menyerahkan Sita Dewi kepadanya bagi dijadikan isterinya.
Setelah diberitahu oleh Wak Long dan Pak Gogol, Seri Rama pun amarah lalu memerintahkan hulubalang dan rakyatnya menangkap Kismi Alam.
Terjadilah satu peperangan yang sengit diantara rakyat Seri Rama dengan Kismi Alam. Tetapi semua rakyat Seri Rama telah ditewaskan oleh Kismi Alam.
Akhirnya Seri Rama sendiri pula terpaksa keluar untuk menentang Kismi Alam, tetapi baginda juga dapat ditewaskan oleh Kismi Alam. Oleh yang demikian Seri Rama pun berjumpa seorang nujum besar dalam negerinya yang bernama Babu Sanang untuk mencari jalan bagi menewaskan Kismi Alam.
Mengikut nujum tersebut, untuk mengalahkan Kismi Alam, Seri Rama hendaklah menyuruh Hanuman Kera Putih pergi berjumpa dengan Ajal Jangga Indera iaitu guru kepada Kismi Alam.
Setelah Hanuman berjumpa dengan Ajal Jangga Indera dan memberitahu beliau bahawa muridnya yang bernama Kismi Alam sedang membuat kezaliman di negeri Susia Mendara Pura kerana hendak merampas Sita Devi dari Seri Rama itu, maka murkalah Ajal Jangga Indera di dalam hatinya. Dengan itu maka Kismi Alam pun hilanglah segala ilmu kebatinan yang dituntutnya dan tidak berdaya lagi hendak menentang Seri Rama. Akhirnya Kismi Alam pun matilah dibunuh oleh Seri Rama.
Nila Utama
Di dalam sebuah negeri Rajanya mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama adalah benih manusia dan isteri muda berasal dari benih gergasi. Mereka mempunyai seorang anak dengan isteri tua iaitu anak lelaki bernama Nila Utama. Apabila Nila Utama sudah berumur lima tahun Raja hendak memberi pelajaran kepada anaknya itu. Tetapi sebelum diberi pelajaran anak itu mesti ditilik terlebih dahulu oleh pak nujum sema ada anak itu membawa tuah atau celaka. Berita itu telah sampai ke pengetahuan isteri muda lalu ia pun berasa dengki terhadap Nila Utama.
Isteri Muda Raja iaitu ibu tiri Nila Utama pergi kepada ahli nujum dan menyuruh pak nujum itu menyatakan pada Raja bahawa Nila Utama adalah seorang budak yang akan membawa celaka ke dalam negeri. Sekiranya dipelihara juga satu bala akan menimpa iaitu berupa api yang akan membakar kota istana. Pada besok hari Raja mengarahkan hambanya pergi memanggil pak nujum datang ke istana. Apabila pak nujum datang dia mengatakan pada Raja sepertimana yang disuruh oleh isteri muda. Mendengarkan kata-kata pak nujum itu maka Raja dengan serta merta marah kepada Nila Utama dan menghalaunya keluar dari istana. Ibu Nila Utama berkata pada Raja supaya jangan dihalau Nila Utama dan lihatlah dahulu sama ada ia benar membawa celaka atau tidak.
Pak nujun yang telah dihasut oleh isteri muda Raja telah memuja-muja supaya hantu membawa api dan membakar istana. Bila sampai dalam istana segala rakyat jelata riuh rendah melihat api. Dengan serta merta Raja menghalau Nila Utama dan bondanya keluar dari istana.
Dua beranak ini keluar dari istana sehelai sepinggang sehingga memasuki di sebuah hutan. Semasa berada dalam hutan seorang gergasi telah menangkap ibu Nila Utama untuk dijadikan isteri. Kebetulan gergasi itu mempunyai seorang anak gadis bernama Seri Pik. Anak gadis itu bersimpati dengan ibu Nila Utama dan marah dengan sikap bapanya. Seri Pik mengajak ibu Nila Utama tinggal bersamanya supaya bapanya tidak boleh kahwin dengannya.
Nila Utama merayau-rayau di dalam hutan mencari ibunya. Beliau dijumpai oleh seorang anak gadis Maharasyi Matapi bernama Si Kuntum Bunga yang sedang bersiar-siar di dalam taman. Si Kuntum Bunga bertanya pada Nila Utama mengapa dia sampai ke dalam taman itu. Nila Utama pun menceritakan peristiwa ibunya ditangkap oleh gergasi. Si Kuntum Bunga turut sama bersedih. Si Kuntum Bunga membawa balik Nial Utama ke rumah Maharashyi Matapi. Akhirnya Nila Utama dikahwinkan dengan Si Kuntum Bunga. Walau bagaimanapun Nila Utama sentiasa gelisah kerana teringatkan pada ibunya lalu mengajak isterinya keluar mencari bondanya. Mereka ditemani oleh dua orang hamba yang taat setia. Apabila sampai di satu tempat di bawah sepohon kayu mereka berasa letih dan berehat di situ hingga tertidur.
Tersebut pula kisah seorang anak gadis Maharasyi Makapan bernama Seri Dewi telah keluar bermain-main di dalam taman. Dia hendak mencuba ilmu yang diberi oleh Mahagurunya iaitu ilmu terbang. Lalu dia pun terbang dan nampak Nila Utama, Si Kuntum Bunga dan dua hamba sedang tidur di bawah pohon rendang. Seri Dewi tertarik pada Nila Utama, dia hendak mengambil Nila Utama menjadi suaminya. Dipukaunya mereka yang, sedang tidur dan dibawa Nila Utama balik ke tempatnya, tanpa pengatahuan daripada Mahagurunya. Tidak berapa lama mereka yang di bawah pohon rendang itu terjaga dari tidur dan mendapati Nila Utama sudah tiada. Si Kuntum Bunga merasa sedih dan dia menurun untuk mendapatkan firasat. Setelah mendapat firasat mereka pun menyusuri arah Nila Utama berada hingga sampai ke rumah Mahaguru dan menuduh orang tua itu mencuri suaminya. Mahaguru terkejut mendengar dia dituduh mencuri suami orang lalu memanggil anaknya Seri Dewi kerana dia tidak tahu apa apa tentang perkara itu. Apabila melihat Seri Dewi keluar Si Kuntum Bunga naik berang dan menyerang Seri Dewi. Dalam pertarungan itu Seri Dewi lebih kuat daripada si Kuntum Bunga. Seri Dewi menangkap Si Kuntum Bunga lalu dibaling sehingga jatuh di rumah Mahaguru Marasyi Matapi. Hambanya berdua itu berlari mengikut Si Kuntum Bunga terjatuh. Si Kuntum Bunga memberitahu Mahaguru Marasyi Matapi bahawa dia telah bergaduh dengan Seri Dewi di atas kehilangan suaminya. Mendengar cerita tersebut Mahaguru Marasyi Matapi terbang menemui Maharasyi Makapan.
Mahaguru Marasyi Matapi mencerita hal yang sebenarnya kepada Mahaguru Makapan. Mahaguru Makapan memanggil anaknya Seri Dewi dan berkata sekiranya ia tertarik juga pada Nila Utama hendaklah berbaik-baik dengan Si Kuntum Bunga. Dengan itu Nila Utama mempunyai dua orang isteri.
Kemudian Nila Utama menyuruh Seri Dewi terbang mencarikan ibunya. Seri Dewi pun pergi lalu membakar rumah gergasi. Dia berlawan dengan gergasi dan gergasi itu dibunuhnya. Siti Dewi membawa balik ibu Nila Utama bersama anak gergasi Seri Pika. Maka Nila Utama bertemu balik dengan ibunya dan dia berkahwin pula dengan Seri Pika. Tinggallah Nila Utama aman damai dengan tiga orang isterinya.
ANAK DERHAKA
Di dalam sebuah negeri bernama Panca Sakti, Rajanya bernama Raja Badrul dan Permaisuri bernama Seri Pangga. Mereka mempunyai seorang Puteri bernama Dara Wangi.
Pada satu hari Raja Badrul telah menerima satu utusan dari gergasi bernama Wai Pak hendak meminang anaknya Puteri Dara Wangi. Dalam perutusan itu berbunyi, 'jika diterima dengan baik akan dibalas dengan baik dan jika diterima dengan jahat dibalas dengan jahat'. Pinangan gergasi itu telah ditolak oleh Raja Badrul. Gergasi Wai Pak sangat marah kerana pinangannya ditolak. Maka Gergasi Wai Pak pun bersiap sedia angkatan perang hendak menyerang negeri Panca Sakti.
Raja negeri Panca Sakti telah menyuruh hambanya pergi ke negeri Hongsa minta bantuan dari Candra dan Lela iaitu anak kepada sahabatnya yang sudah tiga tahun meninggal dunia. Candra ialah seorang anak yang sangat derhaka kepada ibunya. Apabila hamba Raja Badrul sampai ke tempat Candra, pada masa itu dia sedang memaksa ibunya memberikan wang kerana dia seorang yang suka berjudi dan pemabuk. Segala harta benda ibunya telah habis digadainya sehingga hanya tinggal sebentuk cincin sahaja lagi di jari ibunya.
Adiknya Lela telah pergi menuntut ilmu dan tinggal disebuah pondok Mahagurunya. Apabila dia balik Lela menasihati abangnya Candra supaya jangan menderhaka kepada ibunya tetapi tidak dihiraukan oleh Candra. Hamba Raja Badrul memberikan surat
yang diperintahkan oleh Raja Badrul kepada Lela dan gelepas memberikan itu dia pun balik. Setelah Lela membaca isi surat itu dan memahami isi kandungannya, maka hamba Raja pun balik. Candra memaksa adiknya Lela membunuh gergasi Wai Pak dan apabila berjaya Dara Wangi handaklah diserahkan kepada Candra untuk dijadikan isterinya. Lela tidak berani hendak membunuh gergasi itu tetapi Candra memaksanya juga dipikul dan disepak terajangnya Lela hingga Lela terpaksa juga pergi bersama dengan dua orang hambanya.
Setelah beberapa hari dalam perjalanan dengan merempuh hutan rimba maka Lela dan dua orang hambanya pun sampailah ke negeri Panca Sakti dan pergi menyembah Raja Badrul. Raja Badrul menghadiahkannya seekor kuda sakti dan senjata. Lela pun keluarlah ke tengah padang di mana gergasi Wai Pak telah sedia menunggu. Mereka pun berperanglah hingga akhirnya gergasi itu berjaya dibunuh oleh Lela. Lela balik ke istana memberitahu bahawa gergasi telah mati. Sebagai hadiah kepada kemenangan Lela Raja Badrul hendak mengahwinkan Lela dengan anaknya Dara Wangi. Lela tidak sanggup hendak mengahwini Dara Wangi kerana abangnya Candra hendak mengambil Dara Wangi sebagai isterinya.
Sepeninggalan Lela ke negeri Pancha Sakti, abangnya di rumah telah memotong jari ibunya dan mengambil cincinnya untuk digadaikan. Ibunya yang tidak tahan dengan siksaan anaknya Candra telah melarikan diri. Ibunya berjalan menempuh hutan rimba dan bertemu dengan seorang tua yang sedang memotong kayu. Orang tua itu menganjaknya balik dengannya tetapi isteri orang tua itu sangat cemburu terhadap emak Candra. Walau pun demikian ibu Candra terpaksa juga tinggal dengan mereka.
Lela dan Dara Wangi yang sedang dalam perjalanan, oleh kerana tersangat letih maka mereka pun berhenti rehat di bawah sepohon kayu dan terus terlena.
Tersebut pula tentang gergasi lain yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Karam. Ia telah memohon kepada ibunya hendak keluar bersiar-siar. Semasa Karam berjalan-jalan dia berjumpa dengan Lela dan Dara Wangi yang sedang tidur dan dia ingin hendak menjadikan Lela sebagai suaminya lalu dipukaunya mereka supaya tidak sedarkan diri. Karam, mengangkat Dara Wangi ke satu tempat yang semak. Apabila Dara Wangi mulai sedarkan diri lalu ditanya oleh Karam bagaimana mereka boleh sampai ke tempat itu. Maka diceritakanlah oleh Dara Wangi apa yang telah berlaku dari awal hingga akhir. Selepas mendengar penerangan itu Dara Wangi dipujanya menjadi seekor gajah liar dan dibaliknya dia menyamar diri sebagai Dara Wangi dan balik ke tempat Lela dan pura-pura tidur di sebelah Lela. Apabila Lela terjaga dari tidur mereka menyambung semula perjalanan hingga sampai ke negeri Hongsa dan menyerahkan Dara Wangi kepada abangnya Candra. Selepas itu Lela keluar bersama dengan dua orang hambanya. Di pertengahan jalan mereka telah bertemu dengan gergasi Beeto dan kebetulan gergasi Beeto hendak mencari manusia kerana isterinya yang sedang mengandung tujuh bulan ingin hendak makan daging manusia. Gergasi Beeto menangkap Lela diikatnya lalu dibawanya pulang ke dalam gua tempat gergasi tinggal. Kemudian Lela dibawa keluar dan apabila hendak dipotong maka datanglah seekor gajah liar lalu menjunjung Lela dan dilarikan ke pondok Mahaguru Maharasyi Matapi. Mahaguru itu telah mengetahui bahawa gajah itu berasal daripada seorang perepuan dan isteri Candra yang sebenarnya ialah seorang gergasi.
Lalu Lela balik menemui -abangnya dan menangkap Karam isterinya hendak dibunuh tetapi dimarah oleh abangnya maka berlakulah perbalahan antara mereka. Dalam pergaduhan itu Karam telah mati di atas riba Lela. Lela mengambil darah Karam dan pada masa itu ibunya telah sampai dihantar oleh orang tua itu. Darah Karam mereka bawa pada Mahaguru untuk memuja gajah, dan gajah itu menjadi Dara Wangi semula lalu dikahwinkan dengan Lela.
Langgan:
Catatan (Atom)
