<< Halaman Lain

Wayang Kulit merupakan salah satu seni teater tradisional tertua di Asia Tenggara. Wayang kulit ini berkembang selatan Siam, selatan Myanmar, Utara Sumatra dan Utara Semenanjung (Kedah dan Perlis.). Di selatan siam dikenali sebagai Nang Talung manakala di utara Semenanjung disebut sebagai Wayang Gedek @ Gedik. , "Gedek" itu ialah sejenis wayang kulit yang diberikan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sewaktu berlangsungnya Bengkel Wayang Kulit di Port Dickson pada tahun 1979. Apa yang difahamkan dengan perkataan "gedek" ialah pergerakan patung-patung wayang kulit itu sendiri yang terlompat-lompat atau tergedik-gedik mengikut bahasa Melayu Kedah apabila ianya digerakkan atau dimainkan di kelir atau layar.

Selasa, 22 November 2011

ANAK DERHAKA

Di dalam sebuah negeri bernama Panca Sakti, Rajanya bernama Raja Badrul dan Permaisuri bernama Seri Pangga. Mereka mempunyai seorang Puteri bernama Dara Wangi.

Pada satu hari Raja Badrul telah menerima satu utusan dari gergasi bernama Wai Pak hendak meminang anaknya Puteri Dara Wangi. Dalam perutusan itu ber­bunyi, 'jika diterima dengan baik akan dibalas dengan baik dan jika diterima dengan jahat dibalas dengan jahat'. Pinangan gergasi itu telah ditolak oleh Raja Badrul. Gergasi Wai Pak sangat marah kerana pinangan­nya ditolak. Maka Gergasi Wai Pak pun bersiap sedia angkatan perang hendak menyerang negeri Panca Sakti.

Raja negeri Panca Sakti telah menyuruh hambanya pergi ke negeri Hongsa minta bantuan dari Candra dan Lela iaitu anak kepada sahabatnya yang sudah tiga tahun meninggal dunia. Candra ialah seorang anak yang sangat derhaka kepada ibunya. Apabila hamba Raja Badrul sampai ke tempat Candra, pada masa itu dia sedang memaksa ibunya memberikan wang kerana dia seorang yang suka berjudi dan pemabuk. Segala harta benda ibunya telah habis digadainya sehingga hanya tinggal sebentuk cincin sahaja lagi di jari ibunya.

Adiknya Lela telah pergi menuntut ilmu dan tinggal disebuah pondok Mahagurunya. Apabila dia balik Lela menasihati abangnya Candra supaya jangan menderhaka kepada ibunya tetapi tidak dihiraukan oleh Candra. Hamba Raja Badrul memberikan surat Text Box: Iyang diperintahkan oleh Raja Badrul kepada Lela dan gelepas memberikan itu dia pun balik. Setelah Lela membaca isi surat itu dan memahami isi kandungannya, maka hamba Raja pun balik. Candra memaksa adiknya Lela membunuh gergasi Wai Pak dan apabila berjaya Dara Wangi handaklah diserahkan kepada Candra untuk dijadikan isterinya. Lela tidak berani hendak membunuh gergasi itu tetapi Candra memaksanya juga dipikul dan disepak terajangnya Lela hingga Lela terpaksa juga pergi bersama dengan dua orang hambanya.

Setelah beberapa hari dalam perjalanan dengan merempuh hutan rimba maka Lela dan dua orang hambanya pun sampailah ke negeri Panca Sakti dan pergi menyembah Raja Badrul. Raja Badrul menghadiahkannya seekor kuda sakti dan senjata. Lela pun keluarlah ke tengah padang di mana gergasi Wai Pak telah sedia menunggu. Mereka pun berperanglah hingga akhirnya gergasi itu berjaya dibunuh oleh Lela. Lela balik ke istana memberitahu bahawa gergasi telah mati. Sebagai hadiah kepada kemenangan Lela Raja Badrul hendak mengahwinkan Lela dengan anaknya Dara Wangi. Lela tidak sanggup hendak mengahwini Dara Wangi kerana abangnya Candra hendak mengambil Dara Wangi sebagai isterinya.

Sepeninggalan Lela ke negeri Pancha Sakti, abangnya di rumah telah memotong jari ibunya dan mengambil cincinnya untuk digadaikan. Ibunya yang tidak tahan dengan siksaan anaknya Candra telah melarikan diri. Ibunya berjalan menempuh hutan rimba dan bertemu dengan seorang tua yang sedang memotong kayu. Orang tua itu menganjaknya balik dengannya tetapi isteri orang tua itu sangat cemburu terhadap emak Candra. Walau pun demikian ibu Candra terpaksa juga tinggal dengan mereka.

Lela dan Dara Wangi yang sedang dalam perjalanan, oleh kerana tersangat letih maka mereka pun berhenti rehat di bawah sepohon kayu dan terus terlena.

Tersebut pula tentang gergasi lain yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Karam. Ia telah memohon kepada ibunya hendak keluar bersiar-siar. Semasa Karam berjalan-jalan dia berjumpa dengan Lela dan Dara Wangi yang sedang tidur dan dia ingin hendak menjadikan Lela sebagai suaminya lalu dipukaunya mereka supaya tidak sedarkan diri. Karam, mengangkat Dara Wangi ke satu tempat yang semak. Apabila Dara Wangi mulai sedarkan diri lalu ditanya oleh Karam bagaimana mereka boleh sampai ke tempat itu. Maka diceritakanlah oleh Dara Wangi apa yang telah berlaku dari awal hingga akhir. Selepas mendengar penerangan itu Dara Wangi dipujanya menjadi seekor gajah liar dan dibaliknya dia menyamar diri sebagai Dara Wangi dan balik ke tempat Lela dan pura-pura tidur di sebelah Lela. Apabila Lela terjaga dari tidur mereka menyambung semula perjalanan hingga sampai ke negeri Hongsa dan menyerahkan Dara Wangi kepada abangnya Candra. Selepas itu Lela keluar bersama dengan dua orang hambanya. Di pertengahan jalan mereka telah bertemu dengan gergasi Beeto dan kebetulan gergasi Beeto hendak mencari manusia kerana isterinya yang sedang mengandung tujuh bulan ingin hendak makan daging manusia. Gergasi Beeto menangkap Lela diikatnya  lalu dibawanya pulang ke dalam gua tempat gergasi tinggal. Kemudian Lela dibawa keluar dan apabila hendak dipotong maka datanglah seekor gajah liar lalu menjun­jung Lela dan dilarikan ke pondok Mahaguru Maharasyi Matapi. Mahaguru itu telah mengetahui bahawa gajah itu berasal daripada seorang perepuan dan isteri Candra yang sebenarnya ialah seorang gergasi.
Lalu Lela balik menemui -abangnya dan menangkap Karam isterinya hendak dibunuh tetapi dimarah oleh abang­nya maka berlakulah perbalahan antara mereka. Dalam pergaduhan itu Karam telah mati di atas riba Lela. Lela mengambil darah Karam dan pada masa itu ibunya telah sampai dihantar oleh orang tua itu. Darah Karam mereka bawa pada Mahaguru untuk memuja gajah, dan gajah itu menjadi Dara Wangi semula lalu dikahwinkan dengan Lela.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan