<< Halaman Lain

Wayang Kulit merupakan salah satu seni teater tradisional tertua di Asia Tenggara. Wayang kulit ini berkembang selatan Siam, selatan Myanmar, Utara Sumatra dan Utara Semenanjung (Kedah dan Perlis.). Di selatan siam dikenali sebagai Nang Talung manakala di utara Semenanjung disebut sebagai Wayang Gedek @ Gedik. , "Gedek" itu ialah sejenis wayang kulit yang diberikan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sewaktu berlangsungnya Bengkel Wayang Kulit di Port Dickson pada tahun 1979. Apa yang difahamkan dengan perkataan "gedek" ialah pergerakan patung-patung wayang kulit itu sendiri yang terlompat-lompat atau tergedik-gedik mengikut bahasa Melayu Kedah apabila ianya digerakkan atau dimainkan di kelir atau layar.

Selasa, 22 November 2011

NASIB SI MISKIN

Di dalam sebuah negeri bernama Pelanggam Cahaya, rajanya bernama Raja Puspa Indera dan permaisurinya bernama Nanda Ratna. Putera mereka bernama Maginder Sari Kelana, suka berburu di dalam hutan.

Sementara itu ada sepasang suami isteri bernama Pak Dura dan Mak Dura tinggal di dalam sebuah hutan di negeri Antah Berantah. Rajanya bernama Raja Indera Dawana dan isterinya bernama Seri Manda. Pak Dura dan Mak Dura sangat miskin dan hidup mereka hanya ber­gantung dengan meminta sedekah. Raja sangat benci pada keluarga miskin itu.

Kemudian Mak Dura hamil dan mengidam hendak me­makan mempelam Raja.  Lalu suaminya pergi meminta kepada Raja. Raja memberi kepada Pak Dura sebiji mempelam dan sebiji nangka. Apabila sampai waktunya Mak Dura telah melahirkan anak kembar lelaki dan perempuan. Anak lelaki diberi nama Marakarmah dan yang perempuan diberi nama Mila Kesuma. Semasa Pak Dura hendak mendirikan sebuah rumah dia terjupa sebiji tempayan penuh berisi emas, mereka menjadi kaya raya. Lalu mereka membuka sebuah negeri di beri nama Puspa Sari. Pak Dura menukar nama menjadi Bentara Indera dan Mak Dura bernama Ratna Dewi,

Mereka memanggil nujum untuk melihat anak mereka, kebetulan pak nujum itu adalah orang suruhan Raja Indera Dewana. Pak nujum telah diperintahkan oleh Raja Indera Dewana supaya mengatakan perkara yang tidak baik kepada Bentara Indera dan Ratna Dewi (Pak Dura dan Mak Dura). Mendengarkan perkataan pak nujum itu mereka tidak lagi berfikir panjang lalu menghalau kedua-dua anak mereka. Ratna Dewi membekalkan anak-anaknya sebentuk cincin, seutas rantai emas, tujuh biji ketupat dan selabu air.

Kedua kanak-kanak itu berjalan dan sampai ­di sebuah dusun kepunyaan seorang tua bernama Tali, lalu dipelihara oleh orang tua itu dan disuruh menjadi peminta sedekah secara paksa. Pada satu ketika, Marakarmah telah ditangkap dan dicampakkan ke laut. Beliau telah hanyut ke sebuah pengkalan gergasi. Gergasi mempunyai seorang gadis peliharaan bernama Khairani. Marakarmah telah melarikan Khairani pada waktu malam dengan menumpang sebuah kapal lanun.

Mila Kesuma yang tinggal bersama Tali telah melarikan diri ke dalam hutan bersama dengan seorang hamba. Di dalam hutan Mila Kesuma telah bertemu dengan Maginder Sari Kelana yang sedang berburu lalu mereka berkahwin di negeri Pelanggam Cahaya,

Semasa berada dalam kapal lanun, ketua lanun telah jatuh cinta dengan Khairani sementara Marakarmah telah dibuang laut. Marakarmah telah hanyut dan di telan oleh ikan nun. Pada satu hari ikan tersebut telah terdampar keletihan di sebuah pengkalan seorang Maharasyi. Apabila Maharasyi menghampiri ikan tersebut tiba-tiba terdengar suara seekor burung rajawali menyuruh Maharasyi mengambil daun padi yang hijau untuk membelah perut ikan tersebut. Maharasyi pun berbuat demikian lalu keluarlah seorang budak lelaki dan diberikan kepada nenek kebayan untuk dipelihara. Semasa tinggal bersama dengan nenek kebayan, Marakarmah yang pandai mengarang bunga hidup dengan menjual bunga.

Sementara itu kapal lanun itu terus belayar hingga sampai ke negeri Pelanggam Cahaya kerana lanun ­lanun itu berkawan baik dengan Raja Puspa Indera, mereka membawakan hadiah-hadiah untuk Raja Puspa Indera, Khairani pula telah ditinggalkan di dalam kapal. Nenek kebayan yang menjual bunga sampai ke kapal dan Khairani membeli 'sekarang' bunga. Apabila Khairani membuka kelopaknya ternampak tulisan nama Marakarmah.

Setelah Khairani mengetahui bahawa bunga itu telah dikarang oleh Marakarmah, dia pun mengikut nenek kebayan ke hingga ke istana. Apabila sampai di istana dia melihat wajah isteri Maginder Sari Kelana iaitu Mila Kesuma mirip rupa suaminya. Maka dia pun menangis kerana mengenangkan nasibnya yang telah kehilangan suami.

Nenek Kebayan menceritakan kisah tersebut kepada Marakarmah. Marakarmah telah melakukan tipu muslihat untuk mendapatkan Khairani dari Ketua Lanun. Akhirnya terjadilah pertarungan yang sengit di antara marakarmah dengan Ketua Lanun. Marakarmah telah dibantu oleh Geruda sehingga habis lanun-lanun tersebut mati. Dan akhirnya bertemulah semula Marakarmah dan adiknya Mila Kesuma.












1 ulasan:

  1. kenapa jalan cerita yang ditulis berlainan dengan jalan cerita wayang gedek dalam video berlainan?

    BalasPadam