<< Halaman Lain

Wayang Kulit merupakan salah satu seni teater tradisional tertua di Asia Tenggara. Wayang kulit ini berkembang selatan Siam, selatan Myanmar, Utara Sumatra dan Utara Semenanjung (Kedah dan Perlis.). Di selatan siam dikenali sebagai Nang Talung manakala di utara Semenanjung disebut sebagai Wayang Gedek @ Gedik. , "Gedek" itu ialah sejenis wayang kulit yang diberikan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sewaktu berlangsungnya Bengkel Wayang Kulit di Port Dickson pada tahun 1979. Apa yang difahamkan dengan perkataan "gedek" ialah pergerakan patung-patung wayang kulit itu sendiri yang terlompat-lompat atau tergedik-gedik mengikut bahasa Melayu Kedah apabila ianya digerakkan atau dimainkan di kelir atau layar.

Rabu, 23 November 2011

RADEN MAS (PRASAT TONG)

Tersebut sebuah negeri Rajanya bernama Pramatad, mempunyai dua orang isteri, yang tua bernama Kim Surai dan yang muda bernama Kayamak. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Raden Mas yang sudah beristeri dengan Seri Bunga. Raden Mas ialah anak Raja Pramatad bersama isterinya Kim Surai. Sementara Kayamak isteri muda sedang hamil dan dia adalah berasal dari benih gergasi. 

Dalam satu masa Raja Pramatad hendak menabalkan Raden Mas menjadi Raja negeri itu. Maka timbullah dengki khianat dari Kayamak. Pada satu malam Kayamak berpura-pura demam dan memanggil Raden Mas masuk ke biliknya dan disuruhnya memicit-micit badannya. Dia buat terkejut dan mengoyakkan kain bajunya. Kayamak mempersembahkan pada Raja bahawa Reden Mas cuba memperkosanya. Raja Pramatad naik murka pada Raden Mas kerana katanya Raden Mas telah menceroboh masuk ke bilik isteri mudanya. Raja menghalau Raden Mas keluar negeri. Isterinya Seri Bunga dihantar kepada emaknya mentuanya Kim Surai. Raden Mas keluar bersama dengan hambanya. Dalam perjalanan sampailah waktu malam, dia berasa susah hati kerana teringatkan pada isterinya lalu timbul perasaan hendak membalas dendam terhadap ibu tirinya. Raden Mas kembali ke istana hendak membunuh ibu tirinya. Sampai di istana dia terus masuk ke bilik ibu tirinya, ditariknya keluar semasa ibu tirinya sedang tidur dan dipancungnya. Pada masa itu juga ibu tirinya yang sedang hamil telah melahirkan anak lelaki dan anak itu telah terpancut jatuh ke dalam satu Wat Siam Mahanasyi Teng. Selepas membunuh ibu tirinya Raden Mas balik ke dalam hutan memberitahu hambanya. Anak Kayamak yang jatuh ke dalam Wat Siam Maharasyi Teng telah dipeliharanya dan diberi nama Rampai. Maka Raden Mas bersama dengan hambanya pun pergilah membawa nasib berjalan masuk hutan ke luar hutan. 

Pada satu masa dewa-dewa dari Kayangan telah nampak Raden Mas berjalan-jalan dengan hambanya dia berasa kasihan lalu dipanggilnya anaknya yang bernama Dewi Ratna untuk menjadi jodoh dengan Raden Mas. Seorang lagi anak gadis dewa-dewa iaitu adik kepada Dewi Ratna ialah Dewi Geliga dimasukkannya ke dalam satu periuk besi dan dijatuhkan ke bumi. Dewa dewa berpesan dengan Dewi Geliga sekiranya ter­jadi sesuatu terhadap kakaknya maka Dewi Geligalah yang ber­tanggungungjawab. Periuk besi itu telah jttuh ke dalam hutan dan dijumpai oleh seorang Semang. Orang Semang itu tidak nampak bahawa di dalamnya ada Dewi Geliga kerana ia seorang yang sakti. Periuk itu dibawanya ke merata-merata tempeat. 

Tersebut pula tentang anak ibu tirinya yang dipelihara oleh Maharasyi Teng bernama Rampai. Apabila ia sudah besar pada satu malam dia bermimpi roh ibunya telah datang kepada­nya membaritahu bahawa dia telah mati kerana dibunuh oleh Raden Mas. Dia menyuruh Rampai mencari Raden Mas di negeri Anika Sakti. Rampai pun mohon pada Maharasyi hendak mengembara. Maharasyi tidak mengizinkan Rampai keluar tetapi diingkari oleh Rampai. 

Rampai pergi ke rumah Seri Bunga (isteri Raden Mas) dan menculiknya semasa dia sedang tidur. Seri Bunga kemudiannya dipancungnya sepertimana Raden Mas lakukan terhadap ibunya, Kayamak. Kepala Seri Bunga putus tergolek ­golek masuk ke negeri Gergasi Beeto. Badanya masih hidup dan teraba-raba di dalam hutan. Seri Bunga sedang mengandung tujuh bulan. Kononnya tubuhnya tidak mati kerana adalah tuah anak di dalam kandungannya. Kepala Seri Bunga telah diambil oleh gergasi Beeto dan dibungkus dengan kain putih dan disimpan dalam almari. Gergasi Beeto menyuruh anak perempuannya yang bernama Seri Pika menjaga kepala itu sementara dia pergi keluar mencari tubuhnya. 

Tersebut pula kisah di rumah Seri Bunga. Apabila emaknya terjaga dari tidur dia mendapati anaknya sudah tiada, tidak tahu ke mana hendak mencari Sari Bunga. 

Kemudian timbal pula kisah orang Semang di dalam hutan sedang berjalan-jalan, telah berjumpa dengan Raden Mas bersama Dewi Ratna. Orang Semang berkata mereka telah sesat dalam kediamannya, Raden Mas meminta periuk itu tetapi Semang tidak mahu memberinya maka berlakulah satu per­gaduhan antara Raden Mas dengan Semang. Raden Mas mengambil periuk itu dan dihempaskan lalu keluarlah Dewi Geliga datang menolong. Semang pun kalah dan melarikan diri. Selepas itu Raden Masa, Dewi Ratna, Dewi Geliga serta dua orang hamba pun balik hendak menemui anak Raden Mas. Sampai di rumah, Raden Mas bertanya pada emaknya ke mana pergi isterinya, Seri Bunga. Emaknya memberitahu isterinya sudah lama hilang. Mereka pergi menemui ahli nujum minta tolong tilik ke manakah pergi isterinya. Nujum berkata isterinya tidak mati tetapi kena pancung iaitu kepalanya disimpan oleh gergasi di negeri sebelah matahari terbit. Mereka pergi berjalan-jalan dan berjumpa dengan Gergasi Beeto sedang mencari tubuh Seri Bunga. Gergasi bertanya kepada Raden Mas hendak pergi ke mana. Katanya dia hendak mencari isterinya dan menurut kata Nujum Kepala isterinya disimpan oleh gergasi. Dia hendak melihat kerana mungkin kepala itu adalah kepala isterinya. Gergasi Beeto tidak membenarkannya, maka bangkitlah satu pertarungan di antara gergasi Beeto dengan Raden Mas. Raden Mas tidak berjaya mengalahkan gergasi Beeto dan lari balik menemui isterinya Dewi Ratna. Maka timbullah keinginan adik Dewi Ratna iaitu Dewi Geliga hendak menolong Raden Mas. Dewi Geliga dengan dua orang hambanya menyamar diri masuk ke dalam rumah gergasi. Dewi Geliga menjadi seorang tua dan dua orang hambanya menjadi perempuan sebagai anak-anaknya. Apabila mereka masuk ke rumah gergasi, orang tua itu (Dewi Geliga) berkata mereka tiga beranak sangat susah dan hendak menumpang bermalam di rumah gergasi. Gergasi bersetuju kalau dua orang perempuan itu sanggup menjadi isteri-isterinya. Orang tua itu pun bersetuju dua orang perempaun itu menjadi isteri gergasi. Kedua-dua perempuan itu bernama Maludi dan Maluda. Gergasi beri sebuah bilik dan Maludi dengan Maluda tidur bersama gergasi. 

Maludi memicit-memicit badan gergasi sementara Maluda mengambil Kepala Seri Bunga yang tersimpan di dalam almari bersama dengan racun yang apabila terkena sahaja akan menjadi reput. Setelah gergasi tertidur mereka pun lari keluar dari rumah gergasi membawa kepala Seri Bunga dan racun. 

Pada besok pagi Dewi Geliga keluar pula barsama dengan dua orang hambanya. Kali ini Dewi Geliga menyamar pula sebagai seorang perempuan dan hamba-hambanya menjadi laki-laki. Dalam perjalanan mereka bertemu dengan gergasi Beeto dan gergasi itu bertanya samada mereka berjumpa dengan Maludi dan Maluda serta orang tua yang melarikan kepala dan racun. Mereka berkata tidak berjumpa dengan sesiapa pun. Gergasi Beeto telah tertarik pada Dewi Geliga dan hendak mengambilnya sebagai isteri. Mereka berlawan dan Dewi Geliga mengambil racun dibalingkan pada muka gergasi lalu menjadi reput. Gergasi melarikan diri. Dewi Geliga berjalan-jalan lagi bersama dengan dua orang hambanya dan terjumpa dengan badan Seri Bunga lalu terus dibawa balik kepada Raden Mas. Raden Mas membawa badan dan kepala Seri Bunga pergi berjumpa dengan Mahaguru untuk berubat. Mahaguru berkata Seri Bunga tidak mati kerana tuah anak di dalam kandungannya. Mahaguru memuja dan disambungkan balik kepala dengan tubuh Seri Bunga maka Seri Bunga pun pulih semula lalu melahirkan seorang anak laki-laki diberi nama Dang Johan. Anak itu diserahkan kepada Mahaguru untuk dipelihara. Selepas melahirkan anak Seri Bunga pun mati. Raden Mas dengan isterinya Dewi Ratna ditabalkan menjadi Raja dan hidup aman damai.

SERI KINDA

Tersebut kisah seorang anak laki-laki yang sangat miskin berumur dua puluh tahun tinggal bersama ibunya di sebuah kampung bernama Tasik Tiram. Dia bernama Seri Kinda pergi menuntut ilmu kepada seorang Mahaguru Maharasyi Mata Api. 

Pada satu hari Seri Kinda mohon kepada gurunya hendak balik bersama dengan dua orang hambanya. Sebelum balik mereka pergi ke taman kekasihnya iaitu seorang puteri raja bernama Puteri Mayang untuk mengucapkan selamat berpisah kepada­nya. Tetapi Puteri Mayang tidak membenarkannya balik kerana mereka telah berjanji semasa menuntut ilmu di rumah Mahaguru Marasyi Mata Api itu bahawa mereka akan menjadi suami isteri. Dayang dayang Puteri Mayang memujuk agar Puteri Mayang balik ke istana tetapi dia tidak mahu balik. Lalu dayang-danyang pun pergi persembahkan kepada Raja. 

Khabar yang telah disampaikan oleh dayang dayang telah menimbulkan kemarahan kepada raja. Raja memerintahkan hambanya pergi memancung leher Seri Kinda. Hamba raja pun pergi ke dalam taman tetapi tidak sampai hati hendak memancung leher Seri Kinda dan dia balik ke istana mengatakan pada raja bahawa dia telah dimarah dan diusir oleh Puteri Mayang. Apabila raja mendengar berita yang disampaikan oleh hambanya itu raja menjadi semakin marah lalu menulis surat pada seorang sahabatnya Gergasi Kiau Ka yang mempunya tiga orang anak iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan. Mereka ialah Palloka, Palliki dan Kiau Kulum. Setelah menerima surat dari raja itu dan memahami maksudnya, dia memerintahkan anaknya yang bernama Palloka pergi membunuh Seri Kinda, 

Maka Palloka pun pergi ke Istana dan Raja memberitahu bahawa Seri Kinda dan Puteri Mayang sedang berada di taman. Palloka pun terus pergi hendak merampas Puteri Mayang. Maka berlakulah satu pertarungan yang dahsyat di antara Palloka dan Seri Kinda. Sedang dalam pertarungan itu tiba-tiba muncul seorang Puteri Ajaib iaitu dia boleh meresap/menghaib diri yang mana sesiapa pun tidak boleh melihatnya sekiranya ia datang. 

Puteri Ajaib ini ialah anak kepada Gergasi Makapan dan ibunya Soi Sammuki. Dia telah berguru kepada Maharasyi Seng. Puteri Ajaib melihat pergaduhan itu lalu mengikat tangan Palloka dan selepas itu terus menghilangkan diri tanpa seorang pun yang melihatnya. Maka Palloka pun balik memberitahu bapanya. Bapanya sangat marah kepada Palloka lalu dia sendiri yang pergi kerana Palloki dan Kiau Kuhm tidak mahu campur tangan dalam hal itu. 

Gergasi itu pun pergi ke istana dan dipertangahan jalan kepalanya telah dipukul oleh Puteri Curi tetapi gergasi itu terus juga berjalan dan sampai di dalam taman menemui Seri Kinda dan berlawan. Sedang mereka bergaduh itu tiba-tiba datang pula Puteri Ajaib mengikat tangan gergasi. Seri Kinda berasa hairan siapakah yang datang menolongnya kerana tidak kelihatan orang yang menolong itu. Gergasi Kiau Ka itu balik kepada anaknya dan menyuruh Palloki pula pergi membubuh Seri Kinda. Palloki tidak mahu lalu dimarah oleh bapanya dan dia melarikan diri bersama sama adiknya. Mereka sampai di dalam taman dan disarahkannya adiknya kepadaa Seri Kinda sebagai isteri muda dan telah dipersetujui oleh Puteri Mayang kerana mereka adalah jujur dan ingin berbaik ­baik antara satu sama lain. Palloki juga sanggup menjaga mereka. 

Gergasi Kiau Ka dan Palloka pergi ke rumah sahabatnya gergasi Nilpak yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Puteri Cempaka. Puteri Cempakalah yang mebukakan ikatan tangan gergasi Kiau Ka dan Palloka. Gergasi Nilpak menyuruh Puteri Cempaka masuk kedalam sarung Sakti dan membunuh Seri Kinda. Maka Puteri Cempaka berlawanlah dengan Seri Kinda dan semasa mereka bcrlawan itu Puteri Ajaib mencabut sarung saktinya lalu Puteri Cempaka mengaku kalah dan hendak menjadi isteri Seri Kinda tetapi tidak dibenarkan oleh Palloki. Puteri Cempaka mengikut sahaja ke mana mereka pergi hingga sampai di istana lalu diserahkan Puteri Cempaka kepada Raja. 

Selepas itu Seri Kinda mohon keluar bersama dengan dua orang hambanya dan diikuti oleh Puteri Cempaka. Tiga orang gergasi iaitu Kiau Ka, Palloka dan Alpak apabila sudah lama menunggu Puteri Cempaka tidak juga balik mereka pergi mengadu kepada seorang ahli nujum. Setelah ditilik oleh ahli nujum, dia memberitahu mereka bahawa Puteri Cempaka tergila gilakan Seri Kinda tetapi Seri Kinda tidak mahu mengambilnya menjadi isteri. Ahli nujum memberitahu mereka supaya mencari Gergasi Makkapan dan mengambil balik Puteri Ajaib. Mereka pun pergi menemui gergasi Makkapan. Mereka terus pergi ke rumah Maharasyi Seng mengatakan Puteri Ajaib menjadi jahat. Sebenarnya Maharasyi Seng tidak mengetahui, kerana Puteri Ajaib pergi tidak memberitahunya. Apabila Puteri Ajaib sampai balik Maharasyi Seng memberitahunya bahawa bapanya sangat marah. Lalu Puteri Ajaib memohon balik ke rumah. Di pertengahan jalan Puteri Ajaib bertemu dengan Seri Kinda dan mereka terus balik ke rumahnya. Kebetulan ketiga-tiga orang gergasi sedang menunggu kedatangannya dan berlakulah peperangan hingga akhirnya ketiga-tiga gergasi itu melari­kan diri ke dalam hutan dan mengaku kalah. Maka Puteri Ajaib pun dikahwinkan dengan Seri Kinda dan mereka hidup rukun dan damai.

PUTERI MAYANG MAS

Di dalam sebuah negeri gergasi Lap Sin La, Raja gergasi bernama Kotan, isteri bernama Mayang Pandan. Mereka mempunyai seorang anak gadis bernama Mayang Mas. Tersebut pula di dalam sebuah negeri lain iaitu negeri manusia bernama Maha Indera, Rajanya Indera Mawar dan Permaisuri Ratna Dewi. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Lela Sakti. Pada satu masa ayah dan ibu Lela Sakti hendak mengahwinkan anaknya itu. Tetapi Lela Sakti tidak mahu berkahwin dengan sesiapa pun, dia asyik hendak memburu binatang dalam hutan sahaja. Ayah dan ibu Lela Sakti sangat bimbang terhadap anaknya yang suka berburu sahaja. 

Pada satu malam seorang dewa-dewa dari atas kayangan telah turun ke negeri Lap Sin La dan terus masuk ke bilik Mayang Mas yang sedang tidur dan melukis wajah Mayang Mas. Gambar Mayang Mas itu dihantar kepada Lela Sakti yang juga sedang tidur dan selepas meletakkan gambar Mayang Mas disisinya dewa-dewa itu terus naik ke atas kayangan. Pada pagi esok apabila Lela Sakti terjaga dari tidur dia ternampak gambar seorang gadis yang sangat cantik. Dia berkenan dan memuja gambar itu siang dan malam hingga lupa tentang dirinya yang tidak makan dan minum. 

Pada satu hari Raja menyuruh hambanya memanggil Lela Sakti kerana sudah beberapa hari dia tidak makan dan minum. Hamba Raja ternampak Lela Sakti sedang asyik memuja-muja gambar seorang gadis. Hamba itu balik menyembahkan pada Raja. Ibunya datang hendak melihat gambar itu tetapi tidak diberinya. Raja suami isteri sangat susah hati kerana anaknya sudah gila pada gambar perempuan lalu Raja mengerahkan segala rakyat Jelata supaya datang berhimpun di istana sama ada anak dara atau janda kerana hendak memilih seorang jodoh kepada. anaknya. Maka penuh sesaklah kota istana didatangi oleh anak-anak gadis dan janda untuk mengadu nasih siapakah yang akan dipilih menjadi menantu Raja. 

Raja memanggil Lela Sakti keluar memilih salah seorang gadis yang berkenan di­hatinya untuk dijadikan isteri. Setelah Lela Sakti melihat semua perempuan yang berhimpun itu tidak seorang pun dia berkenan lalu terus masuk ke dalam biliknya memuja gambar Puteri Mayang Mas. Raja sangat marah pada Lela Sakti kerana tidak seorang pun yang berkenan dihatinya walaupun seluruh rakyat jelata telah datang berhimpun di kota istana itu. Raja menyangka anaknya itu sudah menjadi gila. 

Pada waktu malam Lela Sakti sedang tidur dewa-dewa dari kayangan telah menghantar seekor kuda Sakti. Apabila Lela Sakti bangun tidur dia terkejut mendapati seekor kuda berada di dalam biliknya. Kuda itu bernama Si Jinggi Hijau. Lela Sakti hairan bagaimana kuda itu boleh masuk ke bilik­nya. Kuda itu datang menghampirinya dan menahan belakangnya seolah-olah memberi isyarat menyuruh Lela Sakti naik di atas belakangnya. Lela Sakti pun naik di atas belakang si Jinggi Hijau. Lalu kuda itu terus terbang dan berhenti di atas puncak gunung untuk berihat sebentar. 

Tersebut kisah di dalam istana riuh rendah rakyat ­jelata kerana Lela Sakti sudah hilang tidak tahu ke mana hendak pergi mencari. 

Selepas kuda itu berehat di atas puncak gunung dengan Lela Sakti ia terbang pula dan turun dalam sebuah taman. Taman itu ialah taman gergasi Kontan yang dijaga oleh dua orang tua suami isteri. Mereka itu tidak mempunyai anak, suaminya bernama Pak Iman dan isterinya Mak Iman. Pak Iman dan Mak Iman bertanya pada Lela Sakti. Katanya dia telah tersesat jalan dibawa oleh kuda itu. Orang tua itu memberi­tabu bahawa taman itu adalah taman larangan dan tidak di­benarkan sesiapa pun masuk. Maka berlakulah satu pergaduhang Lela Sakti menangkap, dan mengikat Pak Iman. Pak Iman mem­beritahu bahawa dia menjaga taman itu supaya sesiapa pun tidak boleh masuk sekiranya sesiapa masuk ke dalam taman itu dia akan dibunuh oleh gergasi Kontan. Dia mempunyai, se­orang anak gadis bernama Puteri Mayang Mas. Dia berkata pada Pak Iman hendak masuk melihat anak gadis itu. Pak Iman menyuruh Lela Sakti membuka ikatannya dahulu dan katanya Lela Sakti hendaklah tinggal bersamanya dan mengaku bahawa Lela Sakti adalah anaknya. 

Pada pagi esok Lela Sakti keluar dan berjumpa dengan hamba yang disuruh oleh Raja mencari Lela Sakti. Mereka pergi ke dalam taman. Pada masa itu Puteri Mayang Mas sedang bersiar-siar di dalam taman bersama dengan dayang ­dayang. Lela Sakti dan Puteri Mayang Mas telah jatuh hati dan mereka berjanji akan berjumpa semula. Mayang Mas menunggu di­biliknya di sebelah matahari jatuh. Pada malam itu Lela Sakti pun pergi dengan hambanya. Mayang Mas membukakan pintu biliknya dan Lela Sakti pun masuk sementara hambanya menunggu di luar. Lela Sakti tertidur di dalam bilik dan hambanya juga tertidur di luar. Apabila pengawal rumah gergasi itu berjalan-jalan dia ternampak seorang lelaki sedang tidur dekat bilik Mayang Mas. Pengawal itu mengintai ke dalam bilik Mayang Mas dan ternampak seorang lelaki tidur dengan Mayang Mas. Pengawal itu berfikir sekiranya diberitahu pada gergasi nescaya dia yang bersalah kerana tidak menjalankan tugasnya dengan betul hingga dapat orang masuk ke dalam kawasan itu. Sekiranya dia tidak memberi­tahu gergasi sudah tentu dia juga yang bersalah. Pengawal itu menahan ranjau di hadapan pintu bilik Mayang Mas. 

Apabila terdengar bunyi ayam berkokok Mayang Mas memanggil Lela Sakti dan memberitahunya bahawa dia tidak, boleh menunggu lama di dalam bilik itu, dia mesti keluar kerana hari sudah hampir siang. Lela Sakti pun bangun dan dengan tergopoh-gapah dia keluar dari bilik maka ter­kena pada ranjau yang, ditahan olah pengawal rumah gergasi itu dan terus pengsan. Hamba Lela Sakti memangku Lela Sakti dan tidak lama kemudian emak Mayang Mas pun datang. Emak Mayang Mas bertanya pada hamba Lela Sakti asal keturunannya. Hamba itu menceritakan bahawa Lela Sakti adalah seorang anak Raja negeri Maha Indera dan meminta mereka jangan memberitahu ayah dan ibunya sekiranya dia mati, hanyutkanlah dia ke dalam laut atau sungai kerana dia tidak mahu memberi malu pada ayah dan ibunya yang termasyur. Pada pagi itu Lela Sakti dimasukkan ke dalam sebuah perahu dan dihanyutkan ke dalam sungai dan hamba Lela Sakti terus balik memberitahu pada Pak Iman. 

Tersebutlah pula kisah burung geruda apabila melihat sebuah perahu terapung-apung di dalam sungai lalu turun dan ternampak seorang anak Raja dan mengambilnya serta diserahkan kepada Mahaguru Maharasyi Matapi. Mahaguru itu memuja supaya Lela Sakti sedar semula. Apabila Lela Sakti cedar semula dia berkata pada Mahaguru dia tetap hendak mengambil Puteri Mayang Mas lalu memohon pada Mahaguru hendak balik ke rumah Pak Iman. Pak Iman menyangka bahawa Lela Sakti telah mati. 

Pada sebelah malam Lela sakti terus pergi ke bilik Mayang Mas. Puteri Mayang terkejut melihat Lela Sakti dan menyuruhnya masuk ke dalam biliknya. Lela Sakti dan Puteri Mayang Mas berkasih sayang seperti suami isteri. Maka datanglah pengawal rumah gergasi itu mengepung dan hendak menangkap Lela Sakti. Sementara itu Raja Gergasi Kontan melari­kan Puteri Mayang hingga sampai di atas puncak gunung. Di situ ada sebuah gua Batu Belah Batu Bertangkup dan membawa masuk Puteri Mayang ke dalam gua itu. Selepas meninggalkan Mayang Mas di dalam gua Raja Gergasi Kontan keluar menyamar diri sebagai seorang dewa-dewa. Lela Sakti dan hambanya pun sampai dekat Gua Batu Belah Batu Bertangkup. Dia bertanya pada Lela Sakti hendak ke mana dan apa hajatnya dia akan menolong. Katanya dia hendak mengambil Puteri Mayang Mas yang telah dilarikan oleh ayahnya ke dalam gua itu. Lela Sakti kurang percaya bahawa orang itu dewa-dewa lalu bertanya bahawa adakah ia benar dewa-dewa. Katanya sekiranya benar dewa ­dewa dia akan cuba memanahnya dengan bulu burung geruda. Sekiranya kena panahnya itu walau apa sekali pun ia akan balik menjadi yang asal. Kalau bukan dewa-dewa ia akan bertukar menjadi asalnya. Lela Sakti pun memanah gergasi yang menyamar sebagai dewa-dewa itu. Gergasi itu bertukar menjadi gergasi semula. Apabila kena panah Raja Gergasi Kontan pun jatuh dan sebelum ia mati Raja Gergasi Kontan itu berkata dia bersetuju mengambil Lela Sakti menjadi menantunya. Sebelum Lela boleh masuk ke dalam gua mengambil Puteri Mayang, Gergasi Kotan mengajar satu ilmu kesaktian untuk membuka pintu gua. Selepas memberi ilmu itu Gergasi Kontan pun mati. Lela Sakti pergi menuju ke gua Batu Belah Batu Bertangkup dan apabila sampai di pintu gua Lela membaca doa itu dan pintu pun terbuka. Lela Sakti terus masuk. Hambanya menunggu di luar pintu gua. Lela Sakti pun berjumpa dengan Puteri Mayang Mas dan membawanya keluar. Mereka pergi mengambil mayat gergasi Kontan untuk dibawa balik ke negerinya. Lela Sakti pun berkahwin dengan Puteri Mayang Mas dan ditabalkan menjadi raja memerintah Lap Sin La negeri gergasi.

PUTERI SINAR BULAN

Di dalam sebuah negeri bernama Andaka Sari, raja negeri itu mempunyai seorang putra bernama Ramrin. Puteranya. Ramrin itu telah berkahwin dengan Puteri Sinar Bulan. Isterinya itu seorang wanita yang taat setia kepada suaminya. Kedua suami isteri itu pergi menuntut ilmu kepada saorang pendita iaitu Mahaguru Maharashi. Mereka tinggal dengan Mahaguru itu. 

Semasa mereka menuntut ilmu itu Puteri Sinar Bulan telah hamil tiga bulan. Dengan itu mereka memohon kepada pendita untuk balik ke negeri Andaka Sari. 

Di dalam negeri itu ada gergasi. Suaminya bernama Kampeng dan isterinya bernama Luman. Mereka mempunyai seorang puteri bernama Puteri Cahaya. Kemudian datang gergasi lain yang bernama Damtamin masuk meminang anak mereka. Kampeng dan Luman menerima pinangan itu dan mereka bersetuju dalam tempuh sepuluh hari lagi akan dilangsungkan upacara per­kahwinan. Mengikut adat perkahwinan gergasi rumah mereka hendaklah disediakan darah manusia semasa menjalankan akad nikah. Oleh itu mereka pergi keluar mencari darah manusia. 

Ramrin dan Puteri Sinar Bulan berserta dua orang hambanya yang sedang berjalan hendak pulang telah bertemu dengan gergasi Kampeng. Maka tercetuslah pertarungan antara mereka. Walaupun Puteri Sinar Bulan hamil tetapi dia begitu gagah dan berani hingga akhirnya mereka dapat mengalahkan dan menawan gergasi Kampeng. Dengan itu gergasi Kampeng menyerahkan puterinya Puteri Cahaya kepada Ramrin. Setelah mendapat perkenan dari isterinya Puteri Sinar Bulan, Ramrin memperisterikan Puteri Cahaya akan tetapi isteri kepada Kampeng, iaitu Luman tidak ber­setuju di atas perkahwinan itu kerana anaknya dimadukan. 

Maka tersebut pula seorang hartawan yang bernama Bangkoro dan isterinya bernama Sari Bunga. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Suni. Puteri mereka itu telah dipinang oleh seorang gergasi yang bernama Perap Lok Ka. Upacara perkahwinan akan dijalankan sepuluh hari pinangan tersebut diterima. Tetapi Suni tidak setuju dengan pertunangan itu lalu dia melarikan diri kc dalam hutan bersama dengan dua orang hambanya. Mereka membawa untung nasib merantau dari satu tempat ke satu tempat. 

Berbalik kepada kisah gergasi Damtamin yang meminang Puteri Cahaya anak Kampeng. Apabila genap tempoh sepuluh hari dia pun pergi ke rumah Kampeng dan sangat marah kerana mendapati bahawa bakal isterinya telah berkahwin dengan Ramrin. Kampeng menghasut Damtamin supaya menyerang Ramrin, maka berlakulah petarungan antara Damtamin dengan Ramrin di luar kota. Puteri Sinar Bulan yang sedang tenat kerana sedang hamil telah keluar kota membantu Ramrin bersama dengan dua orang hambanya, maka berperanglah pula Damtamin dengan Puteri Sinar Bulan. Akhirnya Damtamin kalah dan melarikan diri. 

Puteri Cahaya iaitu isteri muda Ramrin telah menaruh hasad dengki terhadap Puteri Sinar Bulan Berta dua orang hambanya, mereka telah dilarang masuk ke dalam kota. Pada waktu tengah malam datang pula Luman hendak membunuhnya. Akan tetapi telah disedari oleh Puteri Sinar Bulan, sebaliknya dia telah ditikam oleh Puteri Sinar Bulan. Ia menceritakan peristiwa itu kepada suaminya Ramrin. 

Berbalik pula kepada cerita tentang gergasi Perap Lok Ka yang telah meminang Suni anak gadis hartawan Bangkaroo apabila dia mengetahui bahawa Suni telah melarikan diri, lalu dia pergi mencarinya. Maka terjumpalah Suni dengan hambanya di satu tempat. Berlakulah satu pergelutan dan perlawanan di antara mereka itu dan ketika itu datang seorang Dewi Tip Siri membantu Suni. Akhirnya Perap Lok Ka melarikan diri. Dengan itu Suni dan Dewi Tip Siri telah bersahabat baik dan mereka merantau bersama-sama. 

Maka timbul pula cerita Ramrin dengan isterinya, pada keesokan harinya Kampeng dan Luman membuat satu helah supaya Puteri Sinar Bulan lebih baik bersalin di rumah sahabatnya kerana sahabatnya itu seorang bidan dan mempunyai banyak ubat-ubatan. Dengan itu Puteri Sinar bulan pun dihantar oleh mereka menaiki sebuah kapal kecil menuju ke negeri Langkapuri tempat tinggal gergasi Kendelek sahabat Luman. Sebenarnya tujuan mereka supaya Puteri Sinar Bulan dimakan oleh Gergasi Kendelek. 

Dalam pelayaran di tengah lautan, tiba-tiba datang seorang dewa menanyakan mereka hendak ke mana. Dewa menyuruh supaya pada kapal mereka di tulis 'sampai pagi sambut pagi, sampai petang sambut petang'. Maka apabila mereka sampai di negeri Langkapuri mereka disambut dan dilayan dengan baik oleh Gergasi Kendelek. 

Selepas pelayaran Puteri Sinar Bulan ke Langkapuri, gergasi Kampeng pun turut mengekori mereka ke negeri itu. Luman yang tinggal di rumah timbul perasaan yang sangat benci, lalu di menghalau Ramrin keluar negeri dan memukul menantunya, hingga Ramrin terpaksa pergi membuang diri. Kemudian Ramrin berjumpa dengan gadis Suni dan Dewi Tip Siri dan akhirnya mereka berkahwin. 

Apabila Kampeng tiba di negeri Langkapuri dia bertanya mengapa Puteri Sinar Bulan dilayan dengan baik sedangkan hasratnya Puteri Sinar Bulan itu dihantar ke situ supaya dimakan oleh gergasi Kendelek. Gergasi Kampeng sangat marah karana hajatnya tidak sampai lalu dia dan gergasi Kendelek minum arak hingga mabuk untuk melepaskan dendam serta hendak membunuh Puteri Sinar Bulan. Sementara itu Puteri Sinar Bulan telah selamat melahirkan anak. Lalu Puteri Sinar Bulan dihumbankan ke dalam Laut merah iaitu pada sebelah barat rumah gergasi Kendelek dan anaknya dilontarkan ke sebelah timur. Walau bagimana pun kedua-dua gergasi itu Kampeng dan Kendelek dibunuh hingga mati oleh dua orang hamba Puteri Sinar Bulan. 

Selepas pembunuhan itu kedua hambanya pergi berjumpa dengan pendita Maharasyi. Setelah di tilik, Maharasyi memberitahu bahawa Puteri Sinar Bulan telah jatuh mati lemas di dalam laut dan ia telah disimpan di celah batu di dasar laut oleh ikan duyung. Mayatnya tidak akan busuk dan reput dan kekal selama-lamanya. Sementara anaknya telah menjadi ketul intan yang terbang melayang di udara di sana-sini selepas dilontar oleh gergasi. Binatang dan manusia cuba menangkapnya tetapi tidak berjaya. Kesudahannya ia telah dipecah dua oleh dewa-dewa, mengeluarkan tiga orang bayi perempuan yang warna berlainan. Mereka itu telah dibesarkan oleh dewa-dewa.

PUTERI MAYANG MAS

 Di dalam sebuah negeri gergasi Lap Sin La, Raja gergasi bernama Kotan, isteri bernama Mayang Pandan. Mereka mempunyai seorang anak gadis bernama Mayang Mas. Tersebut pula di dalam sebuah negeri lain iaitu negeri manusia bernama Maha Indera, Rajanya Indera Mawar dan Permaisuri Ratna Dewi. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Lela Sakti. Pada satu masa ayah dan ibu Lela Sakti hendak mengahwinkan anaknya itu. Tetapi Lela Sakti tidak mahu berkahwin dengan sesiapa pun, dia asyik hendak memburu binatang dalam hutan sahaja. Ayah dan ibu Lela Sakti sangat bimbang terhadap anaknya yang suka berburu sahaja.

Pada satu malam seorang dewa-dewa dari atas kayangan telah turun ke negeri Lap Sin La dan terus masuk ke bilik Mayang Mas yang sedang tidur dan melukis wajah Mayang Mas. Gambar Mayang Mas itu dihantar kepada Lela Sakti yang juga sedang tidur dan selepas meletakkan gambar Mayang Mas disisinya dewa-dewa itu terus naik ke atas kayangan. Pada pagi esok apabila Lela Sakti terjaga dari tidur dia ternampak gambar seorang gadis yang sangat cantik. Dia berkenan dan memuja gambar itu siang dan malam hingga lupa tentang dirinya yang tidak makan dan minum.

Pada satu hari Raja menyuruh hambanya memanggil Lela Sakti kerana sudah beberapa hari dia tidak makan dan minum. Hamba Raja ternampak Lela Sakti sedang asyik memuja-muja gambar seorang gadis. Hamba itu balik menyembahkan pada Raja. Ibunya datang hendak melihat gambar itu tetapi tidak diberinya. Raja suami isteri sangat susah hati kerana anaknya sudah gila pada gambar perempuan lalu Raja mengerahkan segala rakyat Jelata supaya datang berhimpun di istana sama ada anak dara atau janda kerana hendak memilih seorang jodoh kepada. anaknya. Maka penuh sesaklah kota istana didatangi oleh anak-anak gadis dan janda untuk mengadu nasih siapakah yang akan dipilih menjadi menantu Raja.

Raja memanggil Lela Sakti keluar memilih salah seorang gadis yang berkenan di­hatinya untuk dijadikan isteri. Setelah Lela Sakti melihat semua perempuan yang berhimpun itu tidak seorang pun dia berkenan lalu terus masuk ke dalam biliknya memuja gambar Puteri Mayang Mas. Raja sangat marah pada Lela Sakti kerana tidak seorang pun yang berkenan dihatinya walaupun seluruh rakyat jelata telah datang berhimpun di kota istana itu. Raja menyangka anaknya itu sudah menjadi gila.

Pada waktu malam Lela Sakti sedang tidur dewa-dewa dari kayangan telah menghantar seekor kuda Sakti. Apabila Lela Sakti bangun tidur dia terkejut mendapati seekor kuda berada di dalam biliknya. Kuda itu bernama Si Jinggi Hijau. Lela Sakti hairan bagaimana kuda itu boleh masuk ke bilik­nya. Kuda itu datang menghampirinya dan menahan belakangnya seolah-olah memberi isyarat menyuruh Lela Sakti naik di atas belakangnya. Lela Sakti pun naik di atas belakang si Jinggi Hijau. Lalu kuda itu terus terbang dan berhenti di atas puncak gunung untuk berihat sebentar.

Tersebut kisah di dalam istana riuh rendah rakyat ­jelata kerana Lela Sakti sudah hilang tidak tahu ke mana hendak pergi mencari.
Selepas kuda itu berehat di atas puncak gunung dengan Lela Sakti ia terbang pula dan turun dalam sebuah taman. Taman itu ialah taman gergasi Kontan yang dijaga oleh dua orang tua suami isteri. Mereka itu tidak mempunyai anak, suaminya bernama Pak Iman dan isterinya Mak Iman. Pak Iman dan Mak Iman bertanya pada Lela Sakti. Katanya dia telah tersesat jalan dibawa oleh kuda itu. Orang tua itu memberi­tabu bahawa taman itu adalah taman larangan dan tidak di­benarkan sesiapa pun masuk. Maka berlakulah satu pergaduhang Lela Sakti menangkap, dan mengikat Pak Iman. Pak Iman mem­beritahu bahawa dia menjaga taman itu supaya sesiapa pun tidak boleh masuk sekiranya sesiapa masuk ke dalam taman itu dia akan dibunuh oleh gergasi Kontan. Dia mempunyai, se­orang anak gadis bernama Puteri Mayang Mas. Dia berkata pada Pak Iman hendak masuk melihat anak gadis itu. Pak Iman menyuruh Lela Sakti membuka ikatannya dahulu dan katanya Lela Sakti hendaklah tinggal bersamanya dan mengaku bahawa Lela Sakti adalah anaknya.

Pada pagi esok Lela Sakti keluar dan berjumpa dengan hamba yang disuruh oleh Raja mencari Lela Sakti. Mereka pergi ke dalam taman. Pada masa itu Puteri Mayang Mas sedang bersiar-siar di dalam taman bersama dengan dayang ­dayang. Lela Sakti dan Puteri Mayang Mas telah jatuh hati dan mereka berjanji akan berjumpa semula. Mayang Mas menunggu di­biliknya di sebelah matahari jatuh. Pada malam itu Lela Sakti pun pergi dengan hambanya. Mayang Mas membukakan pintu biliknya dan Lela Sakti pun masuk sementara hambanya menunggu di luar. Lela Sakti tertidur di dalam bilik dan hambanya juga tertidur di luar. Apabila pengawal rumah gergasi itu berjalan-jalan dia ternampak seorang lelaki sedang tidur dekat bilik Mayang Mas. Pengawal itu mengintai ke dalam bilik Mayang Mas dan ternampak seorang lelaki tidur dengan Mayang Mas. Pengawal itu berfikir sekiranya diberitahu pada gergasi nescaya dia yang bersalah kerana tidak menjalankan tugasnya dengan betul hingga dapat orang masuk ke dalam kawasan itu. Sekiranya dia tidak memberi­tahu gergasi sudah tentu dia juga yang bersalah. Pengawal itu menahan ranjau di hadapan pintu bilik Mayang Mas.

Apabila terdengar bunyi ayam berkokok Mayang Mas memanggil Lela Sakti dan memberitahunya bahawa dia tidak, boleh menunggu lama di dalam bilik itu, dia mesti keluar kerana hari sudah hampir siang. Lela Sakti pun bangun dan dengan tergopoh-gapah dia keluar dari bilik maka ter­kena pada ranjau yang, ditahan olah pengawal rumah gergasi itu dan terus pengsan. Hamba Lela Sakti memangku Lela Sakti dan tidak lama kemudian emak Mayang Mas pun datang. Emak Mayang Mas bertanya pada hamba Lela Sakti asal keturunannya. Hamba itu menceritakan bahawa Lela Sakti adalah seorang anak Raja negeri Maha Indera dan meminta mereka jangan memberitahu ayah dan ibunya sekiranya dia mati, hanyutkanlah dia ke dalam laut atau sungai kerana dia tidak mahu memberi malu pada ayah dan ibunya yang termasyur. Pada pagi itu Lela Sakti dimasukkan ke dalam sebuah perahu dan dihanyutkan ke dalam sungai dan hamba Lela Sakti terus balik memberitahu pada Pak Iman.

Tersebutlah pula kisah burung geruda apabila melihat sebuah perahu terapung-apung di dalam sungai lalu turun dan ternampak seorang anak Raja dan mengambilnya serta diserahkan kepada Mahaguru Maharasyi Matapi. Mahaguru itu memuja supaya Lela Sakti sedar semula. Apabila Lela Sakti cedar semula dia berkata pada Mahaguru dia tetap hendak mengambil Puteri Mayang Mas lalu memohon pada Mahaguru hendak balik ke rumah Pak Iman. Pak Iman menyangka bahawa Lela Sakti telah mati.

Pada sebelah malam Lela sakti terus pergi ke bilik Mayang Mas. Puteri Mayang terkejut melihat Lela Sakti dan menyuruhnya masuk ke dalam biliknya. Lela Sakti dan Puteri Mayang Mas berkasih sayang seperti suami isteri. Maka datanglah pengawal rumah gergasi itu mengepung dan hendak menangkap Lela Sakti. Sementara itu Raja Gergasi Kontan melari­kan Puteri Mayang hingga sampai di atas puncak gunung. Di situ ada sebuah gua Batu Belah Batu Bertangkup dan membawa masuk Puteri Mayang ke dalam gua itu. Selepas meninggalkan Mayang Mas di dalam gua Raja Gergasi Kontan keluar menyamar diri sebagai seorang dewa-dewa. Lela Sakti dan hambanya pun sampai dekat Gua Batu Belah Batu Bertangkup. Dia bertanya pada Lela Sakti hendak ke mana dan apa hajatnya dia akan menolong. Katanya dia hendak mengambil Puteri Mayang Mas yang telah dilarikan oleh ayahnya ke dalam gua itu. Lela Sakti kurang percaya bahawa orang itu dewa-dewa lalu bertanya bahawa adakah ia benar dewa-dewa. Katanya sekiranya benar dewa ­dewa dia akan cuba memanahnya dengan bulu burung geruda. Sekiranya kena panahnya itu walau apa sekali pun ia akan balik menjadi yang asal. Kalau bukan dewa-dewa ia akan bertukar menjadi asalnya. Lela Sakti pun memanah gergasi yang menyamar sebagai dewa-dewa itu. Gergasi itu bertukar menjadi gergasi semula. Apabila kena panah Raja Gergasi Kontan pun jatuh dan sebelum ia mati Raja Gergasi Kontan itu berkata dia bersetuju mengambil Lela Sakti menjadi menantunya. Sebelum Lela boleh masuk ke dalam gua mengambil Puteri Mayang, Gergasi Kotan mengajar satu ilmu kesaktian untuk membuka pintu gua. Selepas memberi ilmu itu Gergasi Kontan pun mati. Lela Sakti pergi menuju ke gua Batu Belah Batu Bertangkup dan apabila sampai di pintu gua Lela membaca doa itu dan pintu pun terbuka. Lela Sakti terus masuk. Hambanya menunggu di luar pintu gua. Lela Sakti pun berjumpa dengan Puteri Mayang Mas dan membawanya keluar. Mereka pergi mengambil mayat gergasi Kontan untuk dibawa balik ke negerinya. Lela Sakti pun berkahwin dengan Puteri Mayang Mas dan ditabalkan menjadi raja memerintah Lap Sin La negeri gergasi itu.

Selasa, 22 November 2011

PUTERI KEMBAR SI ANAK YATIM


Puteri kembar itu dua beradik. Kedua ibu bapa mereka telah meninggal dunia. Di dalam negeri itu telah dilangar oleh Gergasi ganas hingga habis semua binasa. Telah ditaddirkan dua beradik itu disembunyikan di bawah sebuah kawah. Kemudian datang seorang pendita iaitu Mahaguru Maharasyi berjalan di situ. Dia terdengar bunyi budak-budak menangis. Dia menghampiri kawah itu dan mem­buka kawah itu, mendapati ada dua orang budak. Dua orang budak itu dibawanya pulang serta dipeliharanya dan diberi nama Murjana (kakak) dan Murjani (adik). Mereka itu di­pelihara di Wat Siam. Apabila besar, mereka diberi pelajaran menuntut ilmu dunia. Mereka baharu sedar bahawa mereka adalah anak yatim dan bercadang hendak balik ke tempat asal menziarahi kubur ayah dan ibu mereka. Sebenarnya Murjana dan Murjani itu adalah berasal dari keturunan anak Raja. Tetapi Mahaguru yang memelihara mereka tidak membenarkan mereka balik kerana tidak tahu di mana kubur kedua ibu bapa mereka dan juga takut dibinasakan oleh gergasi ganas.

Kedua beradik itu tidak menghiraukan larangan Mahaguru itu dan mereka terus keluar berjalan dengan seorang yang menemaninya atau hambanya. Mereka bertiga berjalanlah keluar hutan masuk hutan dan sampai dipertengahan jalan mereka telah bertembung dengan seorang gergasi dan gergasi itu berjaya menangkap Murjana lalu dibawa lari. Adiknya Marjuni dan seorang hambanya berjalan terus.

Semasa Marjana telah dilarikan oleh gergasi, dewa-dewa dari atas kayangan telah nampak peristiwa itu lalu datang menolongnnya. Dewa-dewa itu menyamar menjadi seekor burung geruda dan berjaya merampas balik Murjana dari gergasi. Murjana dihantar balik kepada Mahaguru dan tinggallah mereka berdua.

Kemudian berbalik pula kepada kisah adiknya Murjani dan hambanya yang pergi merayau-rayau tidak tahu ke arah mana hendak dituju. Mereka telah bertemu dengan seorang seorang yang telah bertapa di dalam gua. Orang itu ber­tanya pada mereka ke mana mereka hendak pergi. Mereka memberitahu hendak mencari kakaknya yang telah dilarikan oleh gergasi. Orang bertapa itu menerangkan hingga selama tujuh tahun dia bertapa di situ tidak ada seorang manusia pun yang sampai ke situ. Mereka meminta orang bertapa itu menilikkan bagaimana keadaan kakaknya. Orang itu pun menilik dan memberitahu bahawa kakaknya Murjana dalam keadaan selamat dipelihara oleh seorang tua. Orang bertapa itu memberi satu ilmu sakti yang hebat kepada Murjani sebelum dia pergi dari situ.

Kakaknya Murjana yang tinggal dengan Mahaguru rasa ingin benar hendak berjumpa dengan adiknya. Dia pergi seorang diri dan dipertengahan jalan bertemu dengan dua orang anak Raja iaitu Chandra (abang) dan Lela (adik). Chandra terpikat kepada Murjana lalu mereka pergi menemui Mahaguru dan berkahwin dengan Murjana. Setelah berkahwin mereka bertiga iaitu Chandra, Murjana dan Lela berjanji akan mencari adiknya Murjani. Mereka diikuti oleh dua orang hamba. Apabila sampai dipertengahan jalan mereka bertemu pula dengan seorang gergasi lain bernama Beetu. Gergasi berlawan dengan mereka, menangkap mereka serta melambung mereka jatuh berselerak.
Murjana telah jatuh ke dalam rimba dan bertemu dengan seorang Semang. Murjana dibawanya balik dan dipelihara oleh orang Semang itu.

Suaminya Chandra bertemu dengan seorang gergasi perempuan dan mereka berkasih sayang seperti suami isteri. Adiknya Lela jatuh ke dalam hutan dan bertemu dengan hantu. Mereka berlawan dan Lela berjaya menangkap hantu itu. Dia hampir-hampir hendak membunuh hantu itu tetapi hantu itu telah berjanji sekiranya dia tidak dibunuh dia sanggup menjadi hamba Lela. Lela berkata pada hantu, sekiranya dia tidak turut apa yang Lela suruh hantu itu akan dibunuh. Kemudian mereka dapat satu fikiran iaitu Lela akan menyamar diri seperti seorang tua. Kalau sesiapa yang bertanya tentang, dirinya, dia berpesan kepada hambanya memberitahu bahawa dia seorang seorang dukun yang boleh mengubati berbagai penyakit. Mereka berjalan kesana-sini tencari negeri gergasi dan Lela menyuruh hantu/hambanya merasuk anak gergasi yang melambung mereka dahulu supaya dia sakit.

Kemudian dimbul pula kisah Murjani yang sedang merayau-rayau dengan hambanya, mereka bertemu dengan dua orang penyamun. Penyamun itu telah menangkap mereka dan dibawa balik. Penyamun itu telah mengahwinkan Murjani dengan anaknya bernama Sri Wali. Sri Wali dan Murjani melarikan diri dari rumah penyamun kerana mereka tidak mahu terlibat dalam kegiatan menyamun. Mereka keluar waktu malam dan membawa harta benda yang telah dicuri untuk diserahkan balik kepada pihak yang berkenaan. Dalam perjalanan mereka berfikir pula sekiranya bertemu balik dengan penyamun sudah pasti mereka akan diajak balik. Oleh yang demikian mereka menyamar diri sebagai anak gergasi, kiranya berjumpa dengan penyamun mereka tidak
akan kenal. Tiba-tiba mereka bertemu pula dengan gergasi Beeta, dia berkenan pada anak-anak gergasi itu, dia ingin mengambil mereka menjadi menantunya. Mereka yang menyamar diri menjadi gergasi itu bernama Bikasun dan seorang lagi Bikasan. Sebenarnya gergasi Beetu itu hanya ada seorang anak angkat perempuan. Gergasi Beetu mengajak kedua-duanya balik kerumahnya dan anaknya boleh memilih yang mana dia suka. Anak perempuannya itu bernama Pika, yang mana di pilih oleh Pika maka yang itulah menjadi menantunya.

Apabila sampai di rumah anaknya jatuh sakit dirasuk oleh hantu Lela. Gergasi itu tidak jadi hendak mengahwin­kan anaknya kerana dia sakit. Mereka pergi mencari bomoh untuk mengubati penyakit anak Beetu. Mereka bertemu dengan bomoh Lela yang telah menyamar diri. Lela sudah mengetahui bahawa anak gergasi itu jatuh sakit kerana perbuatannya. Bomoh Lela pun pergi dan menyeru supaya hantu itu keluar dari badan anak gergasi lalu Pika pun baik, dia telah berkenan pula pada bomoh itu kerana dia telah mengetahui bahawa bomoh itu adalah orang muda. Beetu berikhtiar mencarikan ubat supaya anaknya benci pada bomoh.

Kemudian gergasi dapat  tahu bahawa bomoh itu sebenarnya orang muda lalu dia sangat marah dan berlawan dengan bomoh. Bomoh itu keluar dari sarong Sakti dan bertukar menjadi Lela balik, Lela memberitahu juga pada gergasi itu bahawa sebenarnya dua orang gergasi itu juga adalah manusia.

Beetu melawan pula mereka lalu Murjani dan Sri Wali (anak penyamun) ber­tukar balik menjadi manusia. Oleh kerana muslihat manusia itu maka gergasi pun mengaku kalah dan malu lalu dia pergi membuang diri dari manusia. Lela berkahwin dengan Pika dan Murjani dengan Sri Wali. Dan akhirnya Murjani ditemukan semula dengan Marjana yang dipelihara oleh orang Semang.

PUTERI DUA BELAS


Pada masa dahulu di Negeri Kedah kononnya di sebuah kampung bernama Kampung Jale, Jitra, Kedah, tinggal sepasang suami isteri yang sangat miskin. Suaminya bernama Tok Putih (sekarang menjadi Keramat) dan isterinya bernama Tok Jale. Mereka suami isteri tidak mempunyai seorang anak pun, walaupun mereka sudah tua. Mereka berikhtiar untuk mendapatkan anak lalu pergi menemui seorang bomoh di Kampung Baru. Di kampung Baru itu ada sebuah Wat Siam bernama Wat Jontra. Tok Putih dan Tok Jale menemui Tok Sami menceritakan keinginan mereka untuk mendapatkan anak.

Tok Sami menyuruh mereka mencari lilin sambang dua ketul. Tok Jale memberi dua belas ketul lilin sambang pada Tok Sami kerana mereka sangat berkehendakkan anak jadi dia sediakan lilin hingga dua belas ketul. Mereka khuatir sekira­nya satu tidak menjadi maka ada yang lain. Tok Sami pun mengambil semua dua belas ketul lilin sambang itu dan dijampi lalu menyerahkannya pada Tok Jale supaya menyimpan di bawah tempat tidur. Tidak berapa lama kemudian Tok Jale pun mula hamil dan beranak setahun seorang hinggalah semuanya dua belas orang iaitu perempuan belaka. Mereka namakan Puteri Pertama, Kedua, Ketiga dan seterusnya hingga Puteri Dua Belas.

Lama kelamaan Tok Putih dan Tok Jale tidak mampu untuk menyara anak-anak mereka yang ramai kerana kehidupan mereka sangat miskin. Tok Putih pergi minta sedekah di merata kampung untuk menyara kehidupan mereka yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Pada satu hari mereka berfikir bagaimana hendak memelihara anak-anak mereka sedangkan keadaan mereka yang sangat miskin itu tidak mengizinkan mereka memelihara anak-anak yang begitu ramai. Tok Putih mengambil satu keputusan hendak membuang mereka semua ke dalam hutan. Pada besok hari, Tok Putih mengajak anak-anak mereka masuk ke dalam hutan dan membawa bekal ketupat sebanyak dua belas biji yang telah disediakan oleh Tok Jale. Oleh kerana beras pulut hanya sedikit sahaja maka. Tok Jale membuatkan ketupat pulut sebiji sahaja untuk Puteri Bongsu dan yang lainnya diisi dengan hampas nyior. Apabila sampai ke dalam hutan Tok Putih berpesan pada anak­anaknya supaya menunggu di situ dan dia hendak pergi mencari kayu api. Dia berpesan pada katak betong sekiranya anak­anaknya memanggil, katak tolonglah menyahut. Setelah Tok Putih pergi anak-anaknya memanggil ayah mereka dan katak betong berbunyi kong, kong ..... Tok Putih keluar dari hutan dan terus balik ke rumahnya. Apabila anak-anak Tok Putih puas menunggu ayah mereka tidak juga datang, masing­masing pun membuka bekalan ketupat yang mereka bawa. Hanya Puteri Bongsu sahaja dibekalkan dengan ketupat pulut. Setelah habis mereka makan ketupat mereka pun berasa lapar. Pada pagi-pagi' besok mereka berjalan mencari makanan.

Dalam perjalanan mereka mencari makan mereka berjumpa dengan sebuah paya. Di dalam Paya yang hampir keying itu terdapat banyak ikan-ikan puyu. Paya itu telah ditimba airnya oleh seekor ular sawa. Puteri Dua Belas itu menangkap ikan puyu itu kecuali Puteri Bongsu mencucuk melalui insang dan sebelah mata ikan puyu. Mereka bawa ikan-ikan puyu itu sambil mencari api hendak membakar ikan-ikan itu. Sedang mereka berjalan-jalan, mereka berjumpa lengan sebuah dangau orang tua yang membuat huma dan dia sedang membakar unggun api. Mereka menumpang membakar ikan di situ. Mereka meratah ikan bakar sahaja dan selepas itu berihat sebentar di situ. Orang tua itu bertanya pada mereka bagaimana mereka boleh sampai di situ. Mereka pun mencetitakan segala-galanya pada orang tua itu.

Timbal pula satu kisah di Gunung Jerai, kononnya pada zaman dahulu di atas Gunung Jerai itu adalah kediaman Gergasi dan pada asalnya dipanggil Pulau Serai. Gergasi yang tinggal di situ ialah gergasi perempuan bernama Songsa dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Marie. Songsa sering mandi-manda di Sungai Sala berhampiran Gunung Jerai.

Pada satu hari dia keluar mencari makan dan sebelum meninggal­kan rumah dia berpesan pada anaknya supaya menjaga diri baik-baik. Dalam perjalanan Songsa bertemu dengan Puteri Dua Belas, itu lalu mengejar mereka untuk dimakan. Mereka melarikan diri masuk ke dalam hutan dan bertemu dengan dua orang penyamun yang sedang membuat perahu. Mereka minta tolong pada penyamun lalu penyamun meniarapkan perahu yang mereka buat itu dan mereka masuklah bersem­bunyi di bawah perahu itu. Apabila gergasi Songsa hampir maka berlakulah satu peperangan antara penyamun­ penyamun itu dengan gergasi. Semasa berlaku peperangan itu Puteri Dua Belas keluar dari bawah perahu melarikan diri ke negeri Siam bernama Ligor. Dan penyamun-penyamun itu telah kalah dan melarikan diri.

Songsa mencari budak-budak yang telah hilang itu. Apabila Puteri Dua Belas sampai di negeri Ligor mereka telah ternampak sebuah kolam yang airnya sangat jernih. Kolam itu terletak di bawah sepohon pokok beringin dan di kolam itulah tempat Permaisuri Raja Siam duduk bersiram. Puteri Dua Belas itu naik dan duduk di atas pohon beringin dan bayang-bayang mereka kelihatan di dalam air kolam itu. Gergasi Songsa turut mencari budak-budak itu hingga sampai ke negeri Siam. Sampai di negeri Siam dia teringat bahawa Raja negeri itu seorang yang adil lalu dia ingin hendak menjadi Permaisurinya. Lalu dia menyamar diri menjadi seorang manusia mempunyai rupa paras yang sangat cantik bernama Klin So Hiam. Dia masuk ke dalam kota Raja dan menceritakan bahawa suaminya sudah meninggal dunia dan dia sangat susah, jadi hendak menumpang tinggal di rumah Raja. Raja Siam ber­setuju dan berkenan padanya lalu diambil menjadi per­maisuri muda. Maka semua orang besar-besar termasuk Raja, Menteri dan Hulubalang kasih pada permaisuri muda lebih daripada isteri tua. Lama kelamaan Raja pun menjadi Pak Turut. Apa yang dikata oleh isteri muda dia ikut. Pada satu hari isteri muda itu yang bernama Klin So Hiam menyuruh dayang-dayangnya mencari air kerana dia hendak bersiram.

Dayang-dayang pun pergi ke kolam hendak mengambil air dan apabila melihat ke dalam air nampak bayang-bayang Puteri Dua Belas yang sangat cantik. Mereka berfikir bahawa rupa paras mereka sangat cantik dan tidak patut menjadi dayang lalu mereka terus balik dan tidak jadi untuk mengambil air, Raja menyuruh pula hamba lelaki pergi mengambil air ke dalam kolam itu. Apabila hamba Raja sampai sahaja dekat kolam
dia nampak bayang-bayarng perempuan cantik lalu balik menyem­bahkan kepada Raja. Raja memerintahkan hambanya memanggil mereka supaya datang ke istana. Raja suka melihat gadis ­gadis yang cantik dan menjadikan mereka sebagai gundik ­gundiknya. Raja binakan sebuah rumah panjang mempunyai dua belas bilik dan tiap seorang ditempatkan dalam sebuah bilik. Raja melawat gundik-gundik itu sekali siang dan sekali malam.

Lama kelamaan Klin So Hiam mendapat tabu bahawa Puteri Dua Belas telah menjadi gundik-gundik Raja. Dia merasa dengki dan mencari jalan bagaimana hendak membunuh Puteri Dua Belas itu, maka timbullah satu fikirannya iaitu akan berpura-pura sakit dan memberitahu Raja bahawa panyakit­nya hanya akan baik sekiranya dia dapat memakan biji mata Puteri Dua Belas. Hamba raja pun pergi mengorek biji mata Puteri Dua Belas kecuali Puteri yang bongsu sahaja di korek sebelah mata kerana kononnya semasa mereka mencucuk ikan puyu dahulu hanya Puteri Bongsu yang mencucuk sebelah mata. Semua biji mata itu diserahkan kepada permaisuri muda. Tetapi puteri Dua Belas itu masih hidup lagi. Mereka dikurung ke dalam satu lubang di dalam tanah 8 depa panjang dan 8 depa lobar. Lubang itu ditutup balik dengan tanah. Biji-biji mata yang diserahkan kepada permaisuri muda itu dimasuk­kan ke dalam sebuah periuk dan diterbangkan kepada anak­nya di Gunung Jerai untuk disimpan.


Tersebut pula Puteri Dua Belas yang tinggal di dalam lubang sedang hamil. Apabila cukup bulan, seorang lepas seorang melahirkan anak. Semua anak-anak yang dilahirkan itu dikoyak-koyakkan dan dibahagi-bahagi untuk dimakan. Oleh kerana Puteri Bongsu yang masih lagi boleh melihat dengan sebelah mata maka dia tidak sampai hati hendak makan, jadi disimpannya sahaja bahagiannya itu. Pada satu masa tibalah giliran Puteri Bongsu pula melahirkan anak. Kakak-kakaknya bertanya pada Puteri Bongsu di mana anaknya. Jawab Puteri Bongsu bahawa anak­nya telah mati di dalam perut kerana apabila is melahir­kan sahaja anaknya mulutnya telah disumbat supaya tidak berbunyi. Kakak-kakaknya berkata walaupun sudah mati tetapi mereka hendak makan juga. Jawab Puteri Bongsu lagi anaknya sudah menjadi busuk. Kalau begitu mereka hendak makan juga lalu diberi oleh Puteri Bongsu daging ­daging busuk yang disimpannya itu. Puteri Bongsu memeli­hara anaknya hingga besar iaitu seorang anak lelaki yang diberi nama Prol Yasin.

Lama kelamaan tersebutlah dewa-dewa dari kayangan yang telah nampak Puteri Dua Belas itu di dalam lubang. Dewa dewa menurunkan seekor ayam jantan Sakti berbulu emas. Ayam itu dilepaskan oleh dewa-dewa dekat dengan lubang Puteri Dua Belas. Ayam itu mencakar-cakar tanah di atas lubang hingga tembuslah lubang itu. Prot Yasin pun sudah besar dan ternampak cahaya cerah melalui lubang itu.

Pada satu hari ternampak bayang kaki ayam lalu disambarnya kaki ayam itu. Ayam itu menarik Prot Yasin naik ke atas. Baharulah dia nampak bahawa dunia amat luas. Ayam itu diperliharanya. Pada satu hari dibawanya ayam itu pergi menyabung di merata kampong. Ayamnya sentiasa menang. Prot Yasin membawa ayamnya menyabung dengan ayam Raja dan ayam Raja dapat dikalahkan. Raja bertanya pada Prot Yasin dari mana asal usulnya. Dia memberitahu bahawa dia adalah anak yatim. Dengan itu Raja mempelawanya menjadi anak angkatnya kerana ayamnya bertuah. Prot Yasin berkata dia makan kuat dan makanan mestilah di­bungkus, setiap kali makan mesti disediakan dua belas bungkus. Bungkusan makanan itu dibawanya untuk diberikan kepada emaknya dan emak-emak saudaranya di dalam lubang.


Pada satu hari Raja ingin mengetahui ke mana Prot Yasin membawa bungkusan nasi. Lalu Raja menyuruh membungkus sekam dan ditebuk lubang supaya ia akan bertabur disepanjang jalan, Hamba Raja pergi mengekori dari belakang hinggalah sampai ke tempat Puteri Dua Belas. Hamba Raja balik dan menyembahkan kepada Raja.

Lama kelamaan Permaisuri Muda mendapat tahu bahawa Prot Yasin adalah anak Puteri Dua Belas. Dia berikhtiar pula hendak membunuh Prot Yasin, Sekali lagi dia berpura-pura sakit dan menyuruh dayang-dayang mencari pelepah pisang untuk di letakkan di bawah tempat tidurnya supaya apabila dia bergerak pelepah pisang itu akan berbunyi. Dia menyuruh dayang memberitahu Raja bahawa dia sakit dalam badan dan sakit tulang. Apabila Raja datang ia menyangka bahawa benarlah isterinya sakit di dalam badan.

Permaisuri memberitahu bahawa penyakitnya hanya akan baik kalau ia dapat makan buah pauh bertampuk limau bersorak. Hanya Prot Yasin sahaja yang boleh mencari buah itu yang berada di kaki Gunung Jerai. Raja memerintahkan Prot Yasin pergi.

Permaisuri Muda menulis satu surat dan digantung pada leher kuda yang dinaiki oleh Prot Yasin. Isi surat itu berbunyi "kalau sampai pagi makan pagi, kalau sampai petang makan petang", Surat itu ditujukan kepada Marie di Gunung Jerai. Prot Yasin pun berjalan-jalanlah dan sampai di satu tempat bercabang tiga dia berteduh di bawah pokok tera dan tertidur (sekarang tempat itu dipanggil 'Jitra' dalam bahasa Siam 'Jit' bermakna berhenti dan 'tera' bermakna pokok). Kemudian datang seorang Sami dari Wat Siam dan ternampak seorang budak sedang tidur dan seekor kuda tertambat pada pokok tera. Dia ternampak sepucuk surat yang tergantung dileher kuda lalu membuka surat itu dan membacanya. Dia berfikir bahawa budak itu teraniaya. Maka timbullah hasratnya untuk menolong. Lalu diubahnya bunyi isi surat itu ialah "sampai pagi sambut pagi sampai petang sambut petang, suami kasih suami sayang, suami kesayangan ibunda daripada Ligor". Selepas itu orang Sami itu pun pergi dari situ.


Apabila Prot Yasin terjaga dari tidurnya dan tidak merasa letih lagi dia berjalan semula. Dia sampai di satu tempat bernama Jun Nam (dalam bahasa Siam Jun Nam bererti berhenti sekelap) dia berjumpa dengan seorang tua . Dia bertanya pada Prot Yasin ke mana dia hendak pergi. Prot Yasin menceritakan bahawa dia hendak pergi ke Gunung Jerai untuk mencari buah pauh. Orang tua itu menasihatinya supaya berhati-hati dan menjaga diri baik-baik kerana di atas Gunung Jerai itu adalah tempat tinggal gergasi. Prot Yasin sampai disebuah pulau bernama Bukit Kok Bah dan di­tambatnya kuda di situ dan diambilnya surat dileher kuda diserahkan kepada Marie. Setelah Marie membaca isi surat itu, dia berkenan dan sanggup menjadi isteri Prot Yasin.

Waktu petang mereka bersuka-suka meminum arak tetapi Prot Yasin tidak minum. Oleh kerana, Marie sangat banyak minum maka dia pun menjadi mabuk. Waktu malam semasa hendak tidur Prot Yasin ternampak beberapa bungkusan tergantung di atas tempat tidur. Dia bertanya pada Marie benda apakah yang tergantung itu. Marie menerangkan bahawa satu bungkusan berisi biji mata Puteri Dua Belas yang dihantar oleh ibunya dari Ligor. Satu bungkusan lagi bcrisi benih keladi hitam dan yang satu lagi berisi air penawar untuk mengubati segala penyakit. Selepas itu Marie pun tertidur. Prot Yasin bangun dan mengambil semua bungkusan yang tergantung dan lari balik pada kudanya. Kononnya kuda itu sedang marah dan habis ditendang-tendangnya pokok-pokok dekat kawasan itu. (hingga sekarang ditempat itu tidak ditumbuhi oleh pokok). Di berjalan balik dengan kuda sambil menabur benih-benih keladi hitam dan sampai di tengah jalan dia, menahan ranjau tajam supaya kalau Marie mengikutinya nescaya akan terkena ranjau itu.

Prot Yasin sampai ke tempat di­mana emaknya dan emak-emak saudaranya berada dan memasang­kan semula biji-biji mata dan dibubuh dengan air penawar. Dia mengajak Puteri Dua Belas menemui Raja dan apabila


sampai Raja terus bertanya di manakah buah pauh yang disuruhnya mencari. Prot Yasin memberitahu bahawa sebenar­nya Permaisuri Muda hendak membunuhnya dan dia sebenarnya adalah gergasi dan menceritakan segala-segalanya peristiwa di Gunung Jerai. Katanya dia telah membawa jantung hati Permaisuri Muda itu dan sekiranya dihempas maka permaisuri Muda itu akan mati.

Permaisuri telah nampak Prot Yasin memegang jantung hatinya lalu menjerit dan meminta maaf. Dia hendak memancung Permaisuri itu. Raja berkata sekiranya benar Permaisuri itu gergasi dia membenarkan dipancung. Apabila Permaisuri itu hendak dipancung dia bersumpah, "kalau dia mati sekali pun dia hendak makan juga darah manusia, kalau darahnya jatuh ke bumi akan menjadi pacat dan kalau jatuh ke dalam air akan menjadi lintah akan dihisapnya juga darah manusia". Selepas gergasi itu ber­sumpah Prot Yasin pun menghempas jantung hatimya dan memancung leher Klin So Hiam, Kepalanya terpelanting jatuh ke dalam paya ke hulu negeri Ligor dan badan jatuh ke selatan. Kononnya hingga sekarang di negeri Ligor akan mengadakan kenduri menyembelih kerbau balar pada tiap-tiap tahun sebagai menolak bala daripada membuat bendang tidak mahu menjadi.

Tersebut pula tentang kisah Marie di Gunung Jerai. Apabila terjaga dari tidur dia mendapati suaminya Prot Yasin sudah tiada dan bungkusan-bungkusan jua hilang. Dia mengesyaki bahawa semuanya telah diambil oleh Prot Yasin. Dia pun menaiki seekor babi pergi mencari Prot Yasin. Dalam perjalanan dia memakan daun keladi hitam yang telah tumbuh. Sampai di bawah sepohon pokok Sub (pokok ru) dia berasa sangat dahaga dan pergi dekat paya. Apabila hendak minum airnya tidak boleh, lalu dikoyakkan­nya hingga terbahagi dua dan ditengah-tengahnya ada akar kayu hingga sekarang kesan itu masih ada bertempat di Asun Lama). Selepas minum dia berjalan semula. Sampai di sebuah sungai dia berhenti rehat dekat situ.


Kemudian Prot Yasin pules telah mendapat tabu bahawa Marie telah mengikutimya dan hendak dibunuhnya. Dia ambil satu panah dan berpesan pada panah kalau berjumpa dengan Marie bunuh dia di situ. Maka panah berjumpa dengan Marie dekat dengan sungai dan memanah hingga Marie mati di situ juga. Sebelum dia mati air sungai itu dikuakkannya menjadi dua cawangan air iaitu satu mengalir ke sebelah matahari jatuh dan sebelah lagi mengalir ke sebelah matahari naik. 
Raja melantik Prot Yasin menjadi Raja dan emak-emak saudaranya dijadi­kan gundik-gundik raja semula dan tinggallah mereka aman damai selama-lamanya.