<< Halaman Lain

Wayang Kulit merupakan salah satu seni teater tradisional tertua di Asia Tenggara. Wayang kulit ini berkembang selatan Siam, selatan Myanmar, Utara Sumatra dan Utara Semenanjung (Kedah dan Perlis.). Di selatan siam dikenali sebagai Nang Talung manakala di utara Semenanjung disebut sebagai Wayang Gedek @ Gedik. , "Gedek" itu ialah sejenis wayang kulit yang diberikan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sewaktu berlangsungnya Bengkel Wayang Kulit di Port Dickson pada tahun 1979. Apa yang difahamkan dengan perkataan "gedek" ialah pergerakan patung-patung wayang kulit itu sendiri yang terlompat-lompat atau tergedik-gedik mengikut bahasa Melayu Kedah apabila ianya digerakkan atau dimainkan di kelir atau layar.

Selasa, 22 November 2011

PUTERI KEMBAR SI ANAK YATIM


Puteri kembar itu dua beradik. Kedua ibu bapa mereka telah meninggal dunia. Di dalam negeri itu telah dilangar oleh Gergasi ganas hingga habis semua binasa. Telah ditaddirkan dua beradik itu disembunyikan di bawah sebuah kawah. Kemudian datang seorang pendita iaitu Mahaguru Maharasyi berjalan di situ. Dia terdengar bunyi budak-budak menangis. Dia menghampiri kawah itu dan mem­buka kawah itu, mendapati ada dua orang budak. Dua orang budak itu dibawanya pulang serta dipeliharanya dan diberi nama Murjana (kakak) dan Murjani (adik). Mereka itu di­pelihara di Wat Siam. Apabila besar, mereka diberi pelajaran menuntut ilmu dunia. Mereka baharu sedar bahawa mereka adalah anak yatim dan bercadang hendak balik ke tempat asal menziarahi kubur ayah dan ibu mereka. Sebenarnya Murjana dan Murjani itu adalah berasal dari keturunan anak Raja. Tetapi Mahaguru yang memelihara mereka tidak membenarkan mereka balik kerana tidak tahu di mana kubur kedua ibu bapa mereka dan juga takut dibinasakan oleh gergasi ganas.

Kedua beradik itu tidak menghiraukan larangan Mahaguru itu dan mereka terus keluar berjalan dengan seorang yang menemaninya atau hambanya. Mereka bertiga berjalanlah keluar hutan masuk hutan dan sampai dipertengahan jalan mereka telah bertembung dengan seorang gergasi dan gergasi itu berjaya menangkap Murjana lalu dibawa lari. Adiknya Marjuni dan seorang hambanya berjalan terus.

Semasa Marjana telah dilarikan oleh gergasi, dewa-dewa dari atas kayangan telah nampak peristiwa itu lalu datang menolongnnya. Dewa-dewa itu menyamar menjadi seekor burung geruda dan berjaya merampas balik Murjana dari gergasi. Murjana dihantar balik kepada Mahaguru dan tinggallah mereka berdua.

Kemudian berbalik pula kepada kisah adiknya Murjani dan hambanya yang pergi merayau-rayau tidak tahu ke arah mana hendak dituju. Mereka telah bertemu dengan seorang seorang yang telah bertapa di dalam gua. Orang itu ber­tanya pada mereka ke mana mereka hendak pergi. Mereka memberitahu hendak mencari kakaknya yang telah dilarikan oleh gergasi. Orang bertapa itu menerangkan hingga selama tujuh tahun dia bertapa di situ tidak ada seorang manusia pun yang sampai ke situ. Mereka meminta orang bertapa itu menilikkan bagaimana keadaan kakaknya. Orang itu pun menilik dan memberitahu bahawa kakaknya Murjana dalam keadaan selamat dipelihara oleh seorang tua. Orang bertapa itu memberi satu ilmu sakti yang hebat kepada Murjani sebelum dia pergi dari situ.

Kakaknya Murjana yang tinggal dengan Mahaguru rasa ingin benar hendak berjumpa dengan adiknya. Dia pergi seorang diri dan dipertengahan jalan bertemu dengan dua orang anak Raja iaitu Chandra (abang) dan Lela (adik). Chandra terpikat kepada Murjana lalu mereka pergi menemui Mahaguru dan berkahwin dengan Murjana. Setelah berkahwin mereka bertiga iaitu Chandra, Murjana dan Lela berjanji akan mencari adiknya Murjani. Mereka diikuti oleh dua orang hamba. Apabila sampai dipertengahan jalan mereka bertemu pula dengan seorang gergasi lain bernama Beetu. Gergasi berlawan dengan mereka, menangkap mereka serta melambung mereka jatuh berselerak.
Murjana telah jatuh ke dalam rimba dan bertemu dengan seorang Semang. Murjana dibawanya balik dan dipelihara oleh orang Semang itu.

Suaminya Chandra bertemu dengan seorang gergasi perempuan dan mereka berkasih sayang seperti suami isteri. Adiknya Lela jatuh ke dalam hutan dan bertemu dengan hantu. Mereka berlawan dan Lela berjaya menangkap hantu itu. Dia hampir-hampir hendak membunuh hantu itu tetapi hantu itu telah berjanji sekiranya dia tidak dibunuh dia sanggup menjadi hamba Lela. Lela berkata pada hantu, sekiranya dia tidak turut apa yang Lela suruh hantu itu akan dibunuh. Kemudian mereka dapat satu fikiran iaitu Lela akan menyamar diri seperti seorang tua. Kalau sesiapa yang bertanya tentang, dirinya, dia berpesan kepada hambanya memberitahu bahawa dia seorang seorang dukun yang boleh mengubati berbagai penyakit. Mereka berjalan kesana-sini tencari negeri gergasi dan Lela menyuruh hantu/hambanya merasuk anak gergasi yang melambung mereka dahulu supaya dia sakit.

Kemudian dimbul pula kisah Murjani yang sedang merayau-rayau dengan hambanya, mereka bertemu dengan dua orang penyamun. Penyamun itu telah menangkap mereka dan dibawa balik. Penyamun itu telah mengahwinkan Murjani dengan anaknya bernama Sri Wali. Sri Wali dan Murjani melarikan diri dari rumah penyamun kerana mereka tidak mahu terlibat dalam kegiatan menyamun. Mereka keluar waktu malam dan membawa harta benda yang telah dicuri untuk diserahkan balik kepada pihak yang berkenaan. Dalam perjalanan mereka berfikir pula sekiranya bertemu balik dengan penyamun sudah pasti mereka akan diajak balik. Oleh yang demikian mereka menyamar diri sebagai anak gergasi, kiranya berjumpa dengan penyamun mereka tidak
akan kenal. Tiba-tiba mereka bertemu pula dengan gergasi Beeta, dia berkenan pada anak-anak gergasi itu, dia ingin mengambil mereka menjadi menantunya. Mereka yang menyamar diri menjadi gergasi itu bernama Bikasun dan seorang lagi Bikasan. Sebenarnya gergasi Beetu itu hanya ada seorang anak angkat perempuan. Gergasi Beetu mengajak kedua-duanya balik kerumahnya dan anaknya boleh memilih yang mana dia suka. Anak perempuannya itu bernama Pika, yang mana di pilih oleh Pika maka yang itulah menjadi menantunya.

Apabila sampai di rumah anaknya jatuh sakit dirasuk oleh hantu Lela. Gergasi itu tidak jadi hendak mengahwin­kan anaknya kerana dia sakit. Mereka pergi mencari bomoh untuk mengubati penyakit anak Beetu. Mereka bertemu dengan bomoh Lela yang telah menyamar diri. Lela sudah mengetahui bahawa anak gergasi itu jatuh sakit kerana perbuatannya. Bomoh Lela pun pergi dan menyeru supaya hantu itu keluar dari badan anak gergasi lalu Pika pun baik, dia telah berkenan pula pada bomoh itu kerana dia telah mengetahui bahawa bomoh itu adalah orang muda. Beetu berikhtiar mencarikan ubat supaya anaknya benci pada bomoh.

Kemudian gergasi dapat  tahu bahawa bomoh itu sebenarnya orang muda lalu dia sangat marah dan berlawan dengan bomoh. Bomoh itu keluar dari sarong Sakti dan bertukar menjadi Lela balik, Lela memberitahu juga pada gergasi itu bahawa sebenarnya dua orang gergasi itu juga adalah manusia.

Beetu melawan pula mereka lalu Murjani dan Sri Wali (anak penyamun) ber­tukar balik menjadi manusia. Oleh kerana muslihat manusia itu maka gergasi pun mengaku kalah dan malu lalu dia pergi membuang diri dari manusia. Lela berkahwin dengan Pika dan Murjani dengan Sri Wali. Dan akhirnya Murjani ditemukan semula dengan Marjana yang dipelihara oleh orang Semang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan