Di dalam sebuah negeri bernama Andaka Sari, raja negeri itu mempunyai seorang putra bernama Ramrin. Puteranya. Ramrin itu telah berkahwin dengan Puteri Sinar Bulan. Isterinya itu seorang wanita yang taat setia kepada suaminya. Kedua suami isteri itu pergi menuntut ilmu kepada saorang pendita iaitu Mahaguru Maharashi. Mereka tinggal dengan Mahaguru itu.
Semasa mereka menuntut ilmu itu Puteri Sinar Bulan telah hamil tiga bulan. Dengan itu mereka memohon kepada pendita untuk balik ke negeri Andaka Sari.
Di dalam negeri itu ada gergasi. Suaminya bernama Kampeng dan isterinya bernama Luman. Mereka mempunyai seorang puteri bernama Puteri Cahaya. Kemudian datang gergasi lain yang bernama Damtamin masuk meminang anak mereka. Kampeng dan Luman menerima pinangan itu dan mereka bersetuju dalam tempuh sepuluh hari lagi akan dilangsungkan upacara perkahwinan. Mengikut adat perkahwinan gergasi rumah mereka hendaklah disediakan darah manusia semasa menjalankan akad nikah. Oleh itu mereka pergi keluar mencari darah manusia.
Ramrin dan Puteri Sinar Bulan berserta dua orang hambanya yang sedang berjalan hendak pulang telah bertemu dengan gergasi Kampeng. Maka tercetuslah pertarungan antara mereka. Walaupun Puteri Sinar Bulan hamil tetapi dia begitu gagah dan berani hingga akhirnya mereka dapat mengalahkan dan menawan gergasi Kampeng. Dengan itu gergasi Kampeng menyerahkan puterinya Puteri Cahaya kepada Ramrin. Setelah mendapat perkenan dari isterinya Puteri Sinar Bulan, Ramrin memperisterikan Puteri Cahaya akan tetapi isteri kepada Kampeng, iaitu Luman tidak bersetuju di atas perkahwinan itu kerana anaknya dimadukan.
Maka tersebut pula seorang hartawan yang bernama Bangkoro dan isterinya bernama Sari Bunga. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Suni. Puteri mereka itu telah dipinang oleh seorang gergasi yang bernama Perap Lok Ka. Upacara perkahwinan akan dijalankan sepuluh hari pinangan tersebut diterima. Tetapi Suni tidak setuju dengan pertunangan itu lalu dia melarikan diri kc dalam hutan bersama dengan dua orang hambanya. Mereka membawa untung nasib merantau dari satu tempat ke satu tempat.
Berbalik kepada kisah gergasi Damtamin yang meminang Puteri Cahaya anak Kampeng. Apabila genap tempoh sepuluh hari dia pun pergi ke rumah Kampeng dan sangat marah kerana mendapati bahawa bakal isterinya telah berkahwin dengan Ramrin. Kampeng menghasut Damtamin supaya menyerang Ramrin, maka berlakulah petarungan antara Damtamin dengan Ramrin di luar kota. Puteri Sinar Bulan yang sedang tenat kerana sedang hamil telah keluar kota membantu Ramrin bersama dengan dua orang hambanya, maka berperanglah pula Damtamin dengan Puteri Sinar Bulan. Akhirnya Damtamin kalah dan melarikan diri.
Puteri Cahaya iaitu isteri muda Ramrin telah menaruh hasad dengki terhadap Puteri Sinar Bulan Berta dua orang hambanya, mereka telah dilarang masuk ke dalam kota. Pada waktu tengah malam datang pula Luman hendak membunuhnya. Akan tetapi telah disedari oleh Puteri Sinar Bulan, sebaliknya dia telah ditikam oleh Puteri Sinar Bulan. Ia menceritakan peristiwa itu kepada suaminya Ramrin.
Berbalik pula kepada cerita tentang gergasi Perap Lok Ka yang telah meminang Suni anak gadis hartawan Bangkaroo apabila dia mengetahui bahawa Suni telah melarikan diri, lalu dia pergi mencarinya. Maka terjumpalah Suni dengan hambanya di satu tempat. Berlakulah satu pergelutan dan perlawanan di antara mereka itu dan ketika itu datang seorang Dewi Tip Siri membantu Suni. Akhirnya Perap Lok Ka melarikan diri. Dengan itu Suni dan Dewi Tip Siri telah bersahabat baik dan mereka merantau bersama-sama.
Maka timbul pula cerita Ramrin dengan isterinya, pada keesokan harinya Kampeng dan Luman membuat satu helah supaya Puteri Sinar Bulan lebih baik bersalin di rumah sahabatnya kerana sahabatnya itu seorang bidan dan mempunyai banyak ubat-ubatan. Dengan itu Puteri Sinar bulan pun dihantar oleh mereka menaiki sebuah kapal kecil menuju ke negeri Langkapuri tempat tinggal gergasi Kendelek sahabat Luman. Sebenarnya tujuan mereka supaya Puteri Sinar Bulan dimakan oleh Gergasi Kendelek.
Dalam pelayaran di tengah lautan, tiba-tiba datang seorang dewa menanyakan mereka hendak ke mana. Dewa menyuruh supaya pada kapal mereka di tulis 'sampai pagi sambut pagi, sampai petang sambut petang'. Maka apabila mereka sampai di negeri Langkapuri mereka disambut dan dilayan dengan baik oleh Gergasi Kendelek.
Selepas pelayaran Puteri Sinar Bulan ke Langkapuri, gergasi Kampeng pun turut mengekori mereka ke negeri itu. Luman yang tinggal di rumah timbul perasaan yang sangat benci, lalu di menghalau Ramrin keluar negeri dan memukul menantunya, hingga Ramrin terpaksa pergi membuang diri. Kemudian Ramrin berjumpa dengan gadis Suni dan Dewi Tip Siri dan akhirnya mereka berkahwin.
Apabila Kampeng tiba di negeri Langkapuri dia bertanya mengapa Puteri Sinar Bulan dilayan dengan baik sedangkan hasratnya Puteri Sinar Bulan itu dihantar ke situ supaya dimakan oleh gergasi Kendelek. Gergasi Kampeng sangat marah karana hajatnya tidak sampai lalu dia dan gergasi Kendelek minum arak hingga mabuk untuk melepaskan dendam serta hendak membunuh Puteri Sinar Bulan. Sementara itu Puteri Sinar Bulan telah selamat melahirkan anak. Lalu Puteri Sinar Bulan dihumbankan ke dalam Laut merah iaitu pada sebelah barat rumah gergasi Kendelek dan anaknya dilontarkan ke sebelah timur. Walau bagimana pun kedua-dua gergasi itu Kampeng dan Kendelek dibunuh hingga mati oleh dua orang hamba Puteri Sinar Bulan.
Selepas pembunuhan itu kedua hambanya pergi berjumpa dengan pendita Maharasyi. Setelah di tilik, Maharasyi memberitahu bahawa Puteri Sinar Bulan telah jatuh mati lemas di dalam laut dan ia telah disimpan di celah batu di dasar laut oleh ikan duyung. Mayatnya tidak akan busuk dan reput dan kekal selama-lamanya. Sementara anaknya telah menjadi ketul intan yang terbang melayang di udara di sana-sini selepas dilontar oleh gergasi. Binatang dan manusia cuba menangkapnya tetapi tidak berjaya. Kesudahannya ia telah dipecah dua oleh dewa-dewa, mengeluarkan tiga orang bayi perempuan yang warna berlainan. Mereka itu telah dibesarkan oleh dewa-dewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan