<< Halaman Lain

Wayang Kulit merupakan salah satu seni teater tradisional tertua di Asia Tenggara. Wayang kulit ini berkembang selatan Siam, selatan Myanmar, Utara Sumatra dan Utara Semenanjung (Kedah dan Perlis.). Di selatan siam dikenali sebagai Nang Talung manakala di utara Semenanjung disebut sebagai Wayang Gedek @ Gedik. , "Gedek" itu ialah sejenis wayang kulit yang diberikan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sewaktu berlangsungnya Bengkel Wayang Kulit di Port Dickson pada tahun 1979. Apa yang difahamkan dengan perkataan "gedek" ialah pergerakan patung-patung wayang kulit itu sendiri yang terlompat-lompat atau tergedik-gedik mengikut bahasa Melayu Kedah apabila ianya digerakkan atau dimainkan di kelir atau layar.

Selasa, 22 November 2011

PUTERI DUA BELAS


Pada masa dahulu di Negeri Kedah kononnya di sebuah kampung bernama Kampung Jale, Jitra, Kedah, tinggal sepasang suami isteri yang sangat miskin. Suaminya bernama Tok Putih (sekarang menjadi Keramat) dan isterinya bernama Tok Jale. Mereka suami isteri tidak mempunyai seorang anak pun, walaupun mereka sudah tua. Mereka berikhtiar untuk mendapatkan anak lalu pergi menemui seorang bomoh di Kampung Baru. Di kampung Baru itu ada sebuah Wat Siam bernama Wat Jontra. Tok Putih dan Tok Jale menemui Tok Sami menceritakan keinginan mereka untuk mendapatkan anak.

Tok Sami menyuruh mereka mencari lilin sambang dua ketul. Tok Jale memberi dua belas ketul lilin sambang pada Tok Sami kerana mereka sangat berkehendakkan anak jadi dia sediakan lilin hingga dua belas ketul. Mereka khuatir sekira­nya satu tidak menjadi maka ada yang lain. Tok Sami pun mengambil semua dua belas ketul lilin sambang itu dan dijampi lalu menyerahkannya pada Tok Jale supaya menyimpan di bawah tempat tidur. Tidak berapa lama kemudian Tok Jale pun mula hamil dan beranak setahun seorang hinggalah semuanya dua belas orang iaitu perempuan belaka. Mereka namakan Puteri Pertama, Kedua, Ketiga dan seterusnya hingga Puteri Dua Belas.

Lama kelamaan Tok Putih dan Tok Jale tidak mampu untuk menyara anak-anak mereka yang ramai kerana kehidupan mereka sangat miskin. Tok Putih pergi minta sedekah di merata kampung untuk menyara kehidupan mereka yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Pada satu hari mereka berfikir bagaimana hendak memelihara anak-anak mereka sedangkan keadaan mereka yang sangat miskin itu tidak mengizinkan mereka memelihara anak-anak yang begitu ramai. Tok Putih mengambil satu keputusan hendak membuang mereka semua ke dalam hutan. Pada besok hari, Tok Putih mengajak anak-anak mereka masuk ke dalam hutan dan membawa bekal ketupat sebanyak dua belas biji yang telah disediakan oleh Tok Jale. Oleh kerana beras pulut hanya sedikit sahaja maka. Tok Jale membuatkan ketupat pulut sebiji sahaja untuk Puteri Bongsu dan yang lainnya diisi dengan hampas nyior. Apabila sampai ke dalam hutan Tok Putih berpesan pada anak­anaknya supaya menunggu di situ dan dia hendak pergi mencari kayu api. Dia berpesan pada katak betong sekiranya anak­anaknya memanggil, katak tolonglah menyahut. Setelah Tok Putih pergi anak-anaknya memanggil ayah mereka dan katak betong berbunyi kong, kong ..... Tok Putih keluar dari hutan dan terus balik ke rumahnya. Apabila anak-anak Tok Putih puas menunggu ayah mereka tidak juga datang, masing­masing pun membuka bekalan ketupat yang mereka bawa. Hanya Puteri Bongsu sahaja dibekalkan dengan ketupat pulut. Setelah habis mereka makan ketupat mereka pun berasa lapar. Pada pagi-pagi' besok mereka berjalan mencari makanan.

Dalam perjalanan mereka mencari makan mereka berjumpa dengan sebuah paya. Di dalam Paya yang hampir keying itu terdapat banyak ikan-ikan puyu. Paya itu telah ditimba airnya oleh seekor ular sawa. Puteri Dua Belas itu menangkap ikan puyu itu kecuali Puteri Bongsu mencucuk melalui insang dan sebelah mata ikan puyu. Mereka bawa ikan-ikan puyu itu sambil mencari api hendak membakar ikan-ikan itu. Sedang mereka berjalan-jalan, mereka berjumpa lengan sebuah dangau orang tua yang membuat huma dan dia sedang membakar unggun api. Mereka menumpang membakar ikan di situ. Mereka meratah ikan bakar sahaja dan selepas itu berihat sebentar di situ. Orang tua itu bertanya pada mereka bagaimana mereka boleh sampai di situ. Mereka pun mencetitakan segala-galanya pada orang tua itu.

Timbal pula satu kisah di Gunung Jerai, kononnya pada zaman dahulu di atas Gunung Jerai itu adalah kediaman Gergasi dan pada asalnya dipanggil Pulau Serai. Gergasi yang tinggal di situ ialah gergasi perempuan bernama Songsa dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Marie. Songsa sering mandi-manda di Sungai Sala berhampiran Gunung Jerai.

Pada satu hari dia keluar mencari makan dan sebelum meninggal­kan rumah dia berpesan pada anaknya supaya menjaga diri baik-baik. Dalam perjalanan Songsa bertemu dengan Puteri Dua Belas, itu lalu mengejar mereka untuk dimakan. Mereka melarikan diri masuk ke dalam hutan dan bertemu dengan dua orang penyamun yang sedang membuat perahu. Mereka minta tolong pada penyamun lalu penyamun meniarapkan perahu yang mereka buat itu dan mereka masuklah bersem­bunyi di bawah perahu itu. Apabila gergasi Songsa hampir maka berlakulah satu peperangan antara penyamun­ penyamun itu dengan gergasi. Semasa berlaku peperangan itu Puteri Dua Belas keluar dari bawah perahu melarikan diri ke negeri Siam bernama Ligor. Dan penyamun-penyamun itu telah kalah dan melarikan diri.

Songsa mencari budak-budak yang telah hilang itu. Apabila Puteri Dua Belas sampai di negeri Ligor mereka telah ternampak sebuah kolam yang airnya sangat jernih. Kolam itu terletak di bawah sepohon pokok beringin dan di kolam itulah tempat Permaisuri Raja Siam duduk bersiram. Puteri Dua Belas itu naik dan duduk di atas pohon beringin dan bayang-bayang mereka kelihatan di dalam air kolam itu. Gergasi Songsa turut mencari budak-budak itu hingga sampai ke negeri Siam. Sampai di negeri Siam dia teringat bahawa Raja negeri itu seorang yang adil lalu dia ingin hendak menjadi Permaisurinya. Lalu dia menyamar diri menjadi seorang manusia mempunyai rupa paras yang sangat cantik bernama Klin So Hiam. Dia masuk ke dalam kota Raja dan menceritakan bahawa suaminya sudah meninggal dunia dan dia sangat susah, jadi hendak menumpang tinggal di rumah Raja. Raja Siam ber­setuju dan berkenan padanya lalu diambil menjadi per­maisuri muda. Maka semua orang besar-besar termasuk Raja, Menteri dan Hulubalang kasih pada permaisuri muda lebih daripada isteri tua. Lama kelamaan Raja pun menjadi Pak Turut. Apa yang dikata oleh isteri muda dia ikut. Pada satu hari isteri muda itu yang bernama Klin So Hiam menyuruh dayang-dayangnya mencari air kerana dia hendak bersiram.

Dayang-dayang pun pergi ke kolam hendak mengambil air dan apabila melihat ke dalam air nampak bayang-bayang Puteri Dua Belas yang sangat cantik. Mereka berfikir bahawa rupa paras mereka sangat cantik dan tidak patut menjadi dayang lalu mereka terus balik dan tidak jadi untuk mengambil air, Raja menyuruh pula hamba lelaki pergi mengambil air ke dalam kolam itu. Apabila hamba Raja sampai sahaja dekat kolam
dia nampak bayang-bayarng perempuan cantik lalu balik menyem­bahkan kepada Raja. Raja memerintahkan hambanya memanggil mereka supaya datang ke istana. Raja suka melihat gadis ­gadis yang cantik dan menjadikan mereka sebagai gundik ­gundiknya. Raja binakan sebuah rumah panjang mempunyai dua belas bilik dan tiap seorang ditempatkan dalam sebuah bilik. Raja melawat gundik-gundik itu sekali siang dan sekali malam.

Lama kelamaan Klin So Hiam mendapat tabu bahawa Puteri Dua Belas telah menjadi gundik-gundik Raja. Dia merasa dengki dan mencari jalan bagaimana hendak membunuh Puteri Dua Belas itu, maka timbullah satu fikirannya iaitu akan berpura-pura sakit dan memberitahu Raja bahawa panyakit­nya hanya akan baik sekiranya dia dapat memakan biji mata Puteri Dua Belas. Hamba raja pun pergi mengorek biji mata Puteri Dua Belas kecuali Puteri yang bongsu sahaja di korek sebelah mata kerana kononnya semasa mereka mencucuk ikan puyu dahulu hanya Puteri Bongsu yang mencucuk sebelah mata. Semua biji mata itu diserahkan kepada permaisuri muda. Tetapi puteri Dua Belas itu masih hidup lagi. Mereka dikurung ke dalam satu lubang di dalam tanah 8 depa panjang dan 8 depa lobar. Lubang itu ditutup balik dengan tanah. Biji-biji mata yang diserahkan kepada permaisuri muda itu dimasuk­kan ke dalam sebuah periuk dan diterbangkan kepada anak­nya di Gunung Jerai untuk disimpan.


Tersebut pula Puteri Dua Belas yang tinggal di dalam lubang sedang hamil. Apabila cukup bulan, seorang lepas seorang melahirkan anak. Semua anak-anak yang dilahirkan itu dikoyak-koyakkan dan dibahagi-bahagi untuk dimakan. Oleh kerana Puteri Bongsu yang masih lagi boleh melihat dengan sebelah mata maka dia tidak sampai hati hendak makan, jadi disimpannya sahaja bahagiannya itu. Pada satu masa tibalah giliran Puteri Bongsu pula melahirkan anak. Kakak-kakaknya bertanya pada Puteri Bongsu di mana anaknya. Jawab Puteri Bongsu bahawa anak­nya telah mati di dalam perut kerana apabila is melahir­kan sahaja anaknya mulutnya telah disumbat supaya tidak berbunyi. Kakak-kakaknya berkata walaupun sudah mati tetapi mereka hendak makan juga. Jawab Puteri Bongsu lagi anaknya sudah menjadi busuk. Kalau begitu mereka hendak makan juga lalu diberi oleh Puteri Bongsu daging ­daging busuk yang disimpannya itu. Puteri Bongsu memeli­hara anaknya hingga besar iaitu seorang anak lelaki yang diberi nama Prol Yasin.

Lama kelamaan tersebutlah dewa-dewa dari kayangan yang telah nampak Puteri Dua Belas itu di dalam lubang. Dewa dewa menurunkan seekor ayam jantan Sakti berbulu emas. Ayam itu dilepaskan oleh dewa-dewa dekat dengan lubang Puteri Dua Belas. Ayam itu mencakar-cakar tanah di atas lubang hingga tembuslah lubang itu. Prot Yasin pun sudah besar dan ternampak cahaya cerah melalui lubang itu.

Pada satu hari ternampak bayang kaki ayam lalu disambarnya kaki ayam itu. Ayam itu menarik Prot Yasin naik ke atas. Baharulah dia nampak bahawa dunia amat luas. Ayam itu diperliharanya. Pada satu hari dibawanya ayam itu pergi menyabung di merata kampong. Ayamnya sentiasa menang. Prot Yasin membawa ayamnya menyabung dengan ayam Raja dan ayam Raja dapat dikalahkan. Raja bertanya pada Prot Yasin dari mana asal usulnya. Dia memberitahu bahawa dia adalah anak yatim. Dengan itu Raja mempelawanya menjadi anak angkatnya kerana ayamnya bertuah. Prot Yasin berkata dia makan kuat dan makanan mestilah di­bungkus, setiap kali makan mesti disediakan dua belas bungkus. Bungkusan makanan itu dibawanya untuk diberikan kepada emaknya dan emak-emak saudaranya di dalam lubang.


Pada satu hari Raja ingin mengetahui ke mana Prot Yasin membawa bungkusan nasi. Lalu Raja menyuruh membungkus sekam dan ditebuk lubang supaya ia akan bertabur disepanjang jalan, Hamba Raja pergi mengekori dari belakang hinggalah sampai ke tempat Puteri Dua Belas. Hamba Raja balik dan menyembahkan kepada Raja.

Lama kelamaan Permaisuri Muda mendapat tahu bahawa Prot Yasin adalah anak Puteri Dua Belas. Dia berikhtiar pula hendak membunuh Prot Yasin, Sekali lagi dia berpura-pura sakit dan menyuruh dayang-dayang mencari pelepah pisang untuk di letakkan di bawah tempat tidurnya supaya apabila dia bergerak pelepah pisang itu akan berbunyi. Dia menyuruh dayang memberitahu Raja bahawa dia sakit dalam badan dan sakit tulang. Apabila Raja datang ia menyangka bahawa benarlah isterinya sakit di dalam badan.

Permaisuri memberitahu bahawa penyakitnya hanya akan baik kalau ia dapat makan buah pauh bertampuk limau bersorak. Hanya Prot Yasin sahaja yang boleh mencari buah itu yang berada di kaki Gunung Jerai. Raja memerintahkan Prot Yasin pergi.

Permaisuri Muda menulis satu surat dan digantung pada leher kuda yang dinaiki oleh Prot Yasin. Isi surat itu berbunyi "kalau sampai pagi makan pagi, kalau sampai petang makan petang", Surat itu ditujukan kepada Marie di Gunung Jerai. Prot Yasin pun berjalan-jalanlah dan sampai di satu tempat bercabang tiga dia berteduh di bawah pokok tera dan tertidur (sekarang tempat itu dipanggil 'Jitra' dalam bahasa Siam 'Jit' bermakna berhenti dan 'tera' bermakna pokok). Kemudian datang seorang Sami dari Wat Siam dan ternampak seorang budak sedang tidur dan seekor kuda tertambat pada pokok tera. Dia ternampak sepucuk surat yang tergantung dileher kuda lalu membuka surat itu dan membacanya. Dia berfikir bahawa budak itu teraniaya. Maka timbullah hasratnya untuk menolong. Lalu diubahnya bunyi isi surat itu ialah "sampai pagi sambut pagi sampai petang sambut petang, suami kasih suami sayang, suami kesayangan ibunda daripada Ligor". Selepas itu orang Sami itu pun pergi dari situ.


Apabila Prot Yasin terjaga dari tidurnya dan tidak merasa letih lagi dia berjalan semula. Dia sampai di satu tempat bernama Jun Nam (dalam bahasa Siam Jun Nam bererti berhenti sekelap) dia berjumpa dengan seorang tua . Dia bertanya pada Prot Yasin ke mana dia hendak pergi. Prot Yasin menceritakan bahawa dia hendak pergi ke Gunung Jerai untuk mencari buah pauh. Orang tua itu menasihatinya supaya berhati-hati dan menjaga diri baik-baik kerana di atas Gunung Jerai itu adalah tempat tinggal gergasi. Prot Yasin sampai disebuah pulau bernama Bukit Kok Bah dan di­tambatnya kuda di situ dan diambilnya surat dileher kuda diserahkan kepada Marie. Setelah Marie membaca isi surat itu, dia berkenan dan sanggup menjadi isteri Prot Yasin.

Waktu petang mereka bersuka-suka meminum arak tetapi Prot Yasin tidak minum. Oleh kerana, Marie sangat banyak minum maka dia pun menjadi mabuk. Waktu malam semasa hendak tidur Prot Yasin ternampak beberapa bungkusan tergantung di atas tempat tidur. Dia bertanya pada Marie benda apakah yang tergantung itu. Marie menerangkan bahawa satu bungkusan berisi biji mata Puteri Dua Belas yang dihantar oleh ibunya dari Ligor. Satu bungkusan lagi bcrisi benih keladi hitam dan yang satu lagi berisi air penawar untuk mengubati segala penyakit. Selepas itu Marie pun tertidur. Prot Yasin bangun dan mengambil semua bungkusan yang tergantung dan lari balik pada kudanya. Kononnya kuda itu sedang marah dan habis ditendang-tendangnya pokok-pokok dekat kawasan itu. (hingga sekarang ditempat itu tidak ditumbuhi oleh pokok). Di berjalan balik dengan kuda sambil menabur benih-benih keladi hitam dan sampai di tengah jalan dia, menahan ranjau tajam supaya kalau Marie mengikutinya nescaya akan terkena ranjau itu.

Prot Yasin sampai ke tempat di­mana emaknya dan emak-emak saudaranya berada dan memasang­kan semula biji-biji mata dan dibubuh dengan air penawar. Dia mengajak Puteri Dua Belas menemui Raja dan apabila


sampai Raja terus bertanya di manakah buah pauh yang disuruhnya mencari. Prot Yasin memberitahu bahawa sebenar­nya Permaisuri Muda hendak membunuhnya dan dia sebenarnya adalah gergasi dan menceritakan segala-segalanya peristiwa di Gunung Jerai. Katanya dia telah membawa jantung hati Permaisuri Muda itu dan sekiranya dihempas maka permaisuri Muda itu akan mati.

Permaisuri telah nampak Prot Yasin memegang jantung hatinya lalu menjerit dan meminta maaf. Dia hendak memancung Permaisuri itu. Raja berkata sekiranya benar Permaisuri itu gergasi dia membenarkan dipancung. Apabila Permaisuri itu hendak dipancung dia bersumpah, "kalau dia mati sekali pun dia hendak makan juga darah manusia, kalau darahnya jatuh ke bumi akan menjadi pacat dan kalau jatuh ke dalam air akan menjadi lintah akan dihisapnya juga darah manusia". Selepas gergasi itu ber­sumpah Prot Yasin pun menghempas jantung hatimya dan memancung leher Klin So Hiam, Kepalanya terpelanting jatuh ke dalam paya ke hulu negeri Ligor dan badan jatuh ke selatan. Kononnya hingga sekarang di negeri Ligor akan mengadakan kenduri menyembelih kerbau balar pada tiap-tiap tahun sebagai menolak bala daripada membuat bendang tidak mahu menjadi.

Tersebut pula tentang kisah Marie di Gunung Jerai. Apabila terjaga dari tidur dia mendapati suaminya Prot Yasin sudah tiada dan bungkusan-bungkusan jua hilang. Dia mengesyaki bahawa semuanya telah diambil oleh Prot Yasin. Dia pun menaiki seekor babi pergi mencari Prot Yasin. Dalam perjalanan dia memakan daun keladi hitam yang telah tumbuh. Sampai di bawah sepohon pokok Sub (pokok ru) dia berasa sangat dahaga dan pergi dekat paya. Apabila hendak minum airnya tidak boleh, lalu dikoyakkan­nya hingga terbahagi dua dan ditengah-tengahnya ada akar kayu hingga sekarang kesan itu masih ada bertempat di Asun Lama). Selepas minum dia berjalan semula. Sampai di sebuah sungai dia berhenti rehat dekat situ.


Kemudian Prot Yasin pules telah mendapat tabu bahawa Marie telah mengikutimya dan hendak dibunuhnya. Dia ambil satu panah dan berpesan pada panah kalau berjumpa dengan Marie bunuh dia di situ. Maka panah berjumpa dengan Marie dekat dengan sungai dan memanah hingga Marie mati di situ juga. Sebelum dia mati air sungai itu dikuakkannya menjadi dua cawangan air iaitu satu mengalir ke sebelah matahari jatuh dan sebelah lagi mengalir ke sebelah matahari naik. 
Raja melantik Prot Yasin menjadi Raja dan emak-emak saudaranya dijadi­kan gundik-gundik raja semula dan tinggallah mereka aman damai selama-lamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan