<< Halaman Lain

Wayang Kulit merupakan salah satu seni teater tradisional tertua di Asia Tenggara. Wayang kulit ini berkembang selatan Siam, selatan Myanmar, Utara Sumatra dan Utara Semenanjung (Kedah dan Perlis.). Di selatan siam dikenali sebagai Nang Talung manakala di utara Semenanjung disebut sebagai Wayang Gedek @ Gedik. , "Gedek" itu ialah sejenis wayang kulit yang diberikan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sewaktu berlangsungnya Bengkel Wayang Kulit di Port Dickson pada tahun 1979. Apa yang difahamkan dengan perkataan "gedek" ialah pergerakan patung-patung wayang kulit itu sendiri yang terlompat-lompat atau tergedik-gedik mengikut bahasa Melayu Kedah apabila ianya digerakkan atau dimainkan di kelir atau layar.

Rabu, 23 November 2011

SERI KINDA

Tersebut kisah seorang anak laki-laki yang sangat miskin berumur dua puluh tahun tinggal bersama ibunya di sebuah kampung bernama Tasik Tiram. Dia bernama Seri Kinda pergi menuntut ilmu kepada seorang Mahaguru Maharasyi Mata Api. 

Pada satu hari Seri Kinda mohon kepada gurunya hendak balik bersama dengan dua orang hambanya. Sebelum balik mereka pergi ke taman kekasihnya iaitu seorang puteri raja bernama Puteri Mayang untuk mengucapkan selamat berpisah kepada­nya. Tetapi Puteri Mayang tidak membenarkannya balik kerana mereka telah berjanji semasa menuntut ilmu di rumah Mahaguru Marasyi Mata Api itu bahawa mereka akan menjadi suami isteri. Dayang dayang Puteri Mayang memujuk agar Puteri Mayang balik ke istana tetapi dia tidak mahu balik. Lalu dayang-danyang pun pergi persembahkan kepada Raja. 

Khabar yang telah disampaikan oleh dayang dayang telah menimbulkan kemarahan kepada raja. Raja memerintahkan hambanya pergi memancung leher Seri Kinda. Hamba raja pun pergi ke dalam taman tetapi tidak sampai hati hendak memancung leher Seri Kinda dan dia balik ke istana mengatakan pada raja bahawa dia telah dimarah dan diusir oleh Puteri Mayang. Apabila raja mendengar berita yang disampaikan oleh hambanya itu raja menjadi semakin marah lalu menulis surat pada seorang sahabatnya Gergasi Kiau Ka yang mempunya tiga orang anak iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan. Mereka ialah Palloka, Palliki dan Kiau Kulum. Setelah menerima surat dari raja itu dan memahami maksudnya, dia memerintahkan anaknya yang bernama Palloka pergi membunuh Seri Kinda, 

Maka Palloka pun pergi ke Istana dan Raja memberitahu bahawa Seri Kinda dan Puteri Mayang sedang berada di taman. Palloka pun terus pergi hendak merampas Puteri Mayang. Maka berlakulah satu pertarungan yang dahsyat di antara Palloka dan Seri Kinda. Sedang dalam pertarungan itu tiba-tiba muncul seorang Puteri Ajaib iaitu dia boleh meresap/menghaib diri yang mana sesiapa pun tidak boleh melihatnya sekiranya ia datang. 

Puteri Ajaib ini ialah anak kepada Gergasi Makapan dan ibunya Soi Sammuki. Dia telah berguru kepada Maharasyi Seng. Puteri Ajaib melihat pergaduhan itu lalu mengikat tangan Palloka dan selepas itu terus menghilangkan diri tanpa seorang pun yang melihatnya. Maka Palloka pun balik memberitahu bapanya. Bapanya sangat marah kepada Palloka lalu dia sendiri yang pergi kerana Palloki dan Kiau Kuhm tidak mahu campur tangan dalam hal itu. 

Gergasi itu pun pergi ke istana dan dipertangahan jalan kepalanya telah dipukul oleh Puteri Curi tetapi gergasi itu terus juga berjalan dan sampai di dalam taman menemui Seri Kinda dan berlawan. Sedang mereka bergaduh itu tiba-tiba datang pula Puteri Ajaib mengikat tangan gergasi. Seri Kinda berasa hairan siapakah yang datang menolongnya kerana tidak kelihatan orang yang menolong itu. Gergasi Kiau Ka itu balik kepada anaknya dan menyuruh Palloki pula pergi membubuh Seri Kinda. Palloki tidak mahu lalu dimarah oleh bapanya dan dia melarikan diri bersama sama adiknya. Mereka sampai di dalam taman dan disarahkannya adiknya kepadaa Seri Kinda sebagai isteri muda dan telah dipersetujui oleh Puteri Mayang kerana mereka adalah jujur dan ingin berbaik ­baik antara satu sama lain. Palloki juga sanggup menjaga mereka. 

Gergasi Kiau Ka dan Palloka pergi ke rumah sahabatnya gergasi Nilpak yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Puteri Cempaka. Puteri Cempakalah yang mebukakan ikatan tangan gergasi Kiau Ka dan Palloka. Gergasi Nilpak menyuruh Puteri Cempaka masuk kedalam sarung Sakti dan membunuh Seri Kinda. Maka Puteri Cempaka berlawanlah dengan Seri Kinda dan semasa mereka bcrlawan itu Puteri Ajaib mencabut sarung saktinya lalu Puteri Cempaka mengaku kalah dan hendak menjadi isteri Seri Kinda tetapi tidak dibenarkan oleh Palloki. Puteri Cempaka mengikut sahaja ke mana mereka pergi hingga sampai di istana lalu diserahkan Puteri Cempaka kepada Raja. 

Selepas itu Seri Kinda mohon keluar bersama dengan dua orang hambanya dan diikuti oleh Puteri Cempaka. Tiga orang gergasi iaitu Kiau Ka, Palloka dan Alpak apabila sudah lama menunggu Puteri Cempaka tidak juga balik mereka pergi mengadu kepada seorang ahli nujum. Setelah ditilik oleh ahli nujum, dia memberitahu mereka bahawa Puteri Cempaka tergila gilakan Seri Kinda tetapi Seri Kinda tidak mahu mengambilnya menjadi isteri. Ahli nujum memberitahu mereka supaya mencari Gergasi Makkapan dan mengambil balik Puteri Ajaib. Mereka pun pergi menemui gergasi Makkapan. Mereka terus pergi ke rumah Maharasyi Seng mengatakan Puteri Ajaib menjadi jahat. Sebenarnya Maharasyi Seng tidak mengetahui, kerana Puteri Ajaib pergi tidak memberitahunya. Apabila Puteri Ajaib sampai balik Maharasyi Seng memberitahunya bahawa bapanya sangat marah. Lalu Puteri Ajaib memohon balik ke rumah. Di pertengahan jalan Puteri Ajaib bertemu dengan Seri Kinda dan mereka terus balik ke rumahnya. Kebetulan ketiga-tiga orang gergasi sedang menunggu kedatangannya dan berlakulah peperangan hingga akhirnya ketiga-tiga gergasi itu melari­kan diri ke dalam hutan dan mengaku kalah. Maka Puteri Ajaib pun dikahwinkan dengan Seri Kinda dan mereka hidup rukun dan damai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan